Home Entertainment 12 Pelakon Lelaki Korea Paling Laris 2023

12 Pelakon Lelaki Korea Paling Laris 2023

0

Siapakah agaknya 12 pelakon lelaki Korea yang paling laris dan menerima banyak tawaran berlakon pada tahun 2023? Jom kita baca!

Semakin hari, semakin ramai pula penonton yang tertarik untuk menonton drama siri dari Korea Selatan.

Drama siri daripada negara Korea ini selalu mempersembahkan jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan, sehingga kadang-kadang rasanya sangat sangat rugi jika terlepas sesebuah drama siri trending yang menarik untuk ditonton!

Drama siri Korea juga selalu menampilkan pelakon-pelakon yang selain mempunyai penampilan menarik dan juga pakej rupa yang menawan, selain itu, para pelakon ini juga sememangnya mempunyai kemampuan dan bakat lakonan yang luar biasa.

Populariti setiap pelakon Kdrama juga semakin meningkat dan membuatkan mereka sering mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama siri baru.

Berikut ini kami senaraikan pelakon-pelakon lelaki Korea yang sangat laris untuk tahun 2023 ini dan mereka telah terpilih untuk membintangi beberapa buah drama siri dalam masa setahun, jom sama-sama kita lihat senarai di bawah:

 

8d3f95db f717 4951 a5fe cef91ecefcaa

1. Kim Dong-wook sangat memukau membintangi dua drama siri yang ditayangkan sekaligus pada hari Isnin dan Selasa, iaitu My Perfect Stranger yang ditayangkan di KBS, Viu dan Delightfully Deceitful ditayangkan di tvN dan Viu

aae78d79 eea6 4d69 a5d2 9d1ea57a9ec32. Ji Chang Wook disahkan akan kembali muncul berlakon melalui drama siri terbaru yang bertajuk Welcome to Samdalri. Sebelum itu, pelakon ini juga dikahabarkan menjadi salah seorang pelakon utama dalam drama siri The Worst of Evil

8ad036ec 8747 4435 9f5c f801dca9646f3. Sama seperti Ji Chang Wook, Wi Ha Joon juga telah dipilih sebagai pelakon utama dalam drama siri The Worst Evil. Pelakon ini juga akan turut muncul dalam drama siri Squid Game 2 dan Gyeongseong Creature yang akan ditayangkan pada bulan Disember tahun ini

57c9f8dd 6395 4856 b579 b0c745102a274. Setelah menarik perhatian melalui lakonannya dalam drama Little Women, tahun ini Kang Hoon telah diberi kepercayaan untuk membintangi dua buah drama siri dengan genre yang berbeza, iaitu The Secret Romantic Guesthouse dan juga A Time Called You

Pelakon lelaki korea5. Jang Dong Yoon akan melakonkan watak sebagai seorang atlet ssireum (gusti Korea) dalam drama siri Flowers Bloom Even in the Sand. Sebelum itu pelakon ini membawa watak sebagai Lee Doo Hak iaitu seorang pemuda yang lahir dari sebuah keluarga miskin dalam drama siri Oasis

4cbdbdf8 d558 4ccf 821a d60a0bc9ac306. Setelah berlakon watak legendanya sebagai Jeon Jae Jun dalam drama siri The Glory, Park Sung Hoon banyak mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama baru, termasuk dua dramanya yang akan ditayangkan nanti iaitu The Abduction Day dan Not Others

d653a5ea 9e2b 43a2 a9e7 e1527afd18fc7. Lee Do Hyun merupakan pelakon yang membawa watak sebagai Joo Yeo Jeong dalam drama siri popular Netflix iaitu The Glory. Setelah drama tersebut tamat, dia membintangi pula drama siri The Good Bad Mother bersama dengan pelakon wanita senior Ra Mi Ran

7ada5066 8829 437c 96cf bba55eb5f868 18. Woo Do Hwan kembali membintangi drama genre sageuk yang berjudul Joseon Attorney: A Morality selepas empat tahun. Tahun ini, dia juga membintangi drama siri Netflix yang bertajuk Bloodhounds

fd85a34c b512 4d68 a780 928b28daff91

9. Baru sahaja menyelesaikan musim ketiga drama siri Dr. Romantic, Ahn Hyo Seop bakal menyapa para peminat melalui lakonannya bersama dengan Jeon Yeo Bin dalam drama siri A Time Called You

ff4eacbd 81a9 429f 87b8 4ebab66fc94610. Chae Jong Hyeop berlakon dalam dua buah drama siri baru yang masih belum ditayangkan. Di antaranya ada Is It a Coincidence? Yang diangkat dari sebuah webtoon, dan juga drama siri bertajuk Diva of the Deserted Island

bf07a2d5 8562 4376 828d 0708f7ebfe7711. Choi Hyun Wook menjadi salah seorang pelakon baru yang namanya sedang meledak meniti populariti. Kehebatannya ini dibuktikan dengan kemunculannya dalam tiga drama siri yang akan ditayangkan pada tahun ini, iaitu D.P. musim ke 2, Hi Cookie, dan juga Sparkling Watermelon

1803a39b 6189 47be 9a35 f90e6857014a12. Drama siri Sparkling Watermelon juga akan dibintangi oleh Ryeoun, setelah dengan jayanya dia telah menyelesaikan drama siri The Secret Romantic Guesthouse yang merupakan drama siri pertama di mana dia dipilih untuk menjadi pelakon utama

Kehebatan dan kesungguhan para pelakon ini dalam membawakan watak yang diberi kepada mereka tentunya menjadi penyebab terbesar kenapa para pelakon lelaki Korea yang tersenarai di atas sangat laris dengan membintangi banyak drama pada setiap tahun.

Di antara 12 pelakon lelaki Korea di atas, lakonan siapakah yang paling anda nantikan?

Baca lagi: 9 Pelakon Lelaki Korea Ini Tetap Popular Walaupun Sudah Bergelar Bapa

Baca juga: My Lovely Liar, Kdrama comeback Kim So Hyun