Home Artis Korea 9 Pelakon Popular Dari VARO Entertainment

9 Pelakon Popular Dari VARO Entertainment

0

Ramai pelakon popular Korea dibawah naungan agensi VARO Entertainment.

Ia merupakan salah sebuah agensi hiburan popular dan ternama di Korea Selatan yang telah rasmi ditubuhkan pada tahun 2020.

Merupakan agensi yang diasaskan oleh BH entertainment, VARO Entertainment sangat menyokong kegiatan dan aktiviti artisnya terutama sekali dalam bidang lakonan.

Walaupun boleh dianggap sebagai sebuah agensi baru, VARO Entertainment mempunyai prospek yang sangat hebat kerana agensi ini menaungi barisan pelakon popular, berbakat dan ternama di Korea Selatan.

Pada tahun 2023 ini, salah seorang pelakon popular wanita yang terkenal melalui drama siri Law School iaitu Lee Soo Kyung baru sahaja menandatangani kontrak eksklusif dengan VARO Entertainment pada 19 Jun yang lalu.

Berikut ini merupakan 9 orang pelakon popular yang bernaung di bawah agensi VARO Entertainment.

Varo entertainment

1. Memukau ramai penonton dan peminat sewaktu membintangi drama siri Descendant of the Sun, pelakon lelaki terkenal iaitu Jin Goo telah rasmi bergabung dengan VARO Entertainment pada tahun 2020

Pelakon paling popular2. Pada tahun yang sama, Gong Seung Yeon yang sebelum ini bersama BH Entertainment mulakan berkegiatannya di bawah naungan VARO Entertainment

7af93461 3009 45a6 8278 fa0a4be6a1363. Seterusnya adalah Gong Seung Yeon, iaitu pelakon lelaki yang membintangi drama Flower Crew: Joseon Marriage Agency hingga 21st Century Girl ini juga telah bergabung bersama agensi ini pada tahun 2020

7f39f302 6ae2 4a39 926d 8f358d5e7e634. Pelakon kacak yang dilahirkan pada tahun 1996 iaitu Park Jung Woo yang rasmi bergabung dengan VARO Entertainment sejak agensi ini ditubuhkan

001205c1 fd83 4503 bf6d fc99ce0800225. Terkenal melalui wataknya dalam drama siri Squid Game, Lee Yoo Mi juga menjadi salah seorang pelakon popular wanita handalan dari VARO Entertainment sejak tahun 2020 lagi

1574754a 3563 46d6 8112 44bdbfdfcbe76. Seterusnya adalah pelakon wanita yang juga merupakan seorang model iaitu Lee Ji Ni yang sebelum ini bernaung di bawah YG Entertainment. Fakta menariknya, dia merupakan anak perempuan kepada Hwang Shin Hye!

e3a44c95 f102 43a6 8a71 9f12de80d0127. Pada awal tahun 2022, Lee Hong Nae telah menandatangani kontrak eksklusif dengan VARO Entertainment

5fa70c94 a3ad 4f8b 883d f5c07dad87a58. Disusuli pula dengan Bang Hyo Rin iaitu pelakon wanita yang berbakat besar yang telah berjaya membuatkan para penonton tercengang dengan lakonannya dalam filem Hail to Hell

90bc9a7b e643 4d2d a5ed 2f63a4e05e599. Terbaru pada tahun 2023 ini, Lee Soo Kyung telah rasmi menjalinkan kerjasama dengan VARO Entertainment. Nantikan projek terbarunya!

Kehadiran Lee Soo Kyung ke VARO Entertainment disambut dengan penuh keterujaan dan gembira oleh para peminatnya. Selain itu, pihak VARO Entertainment sendiri juga menyambut Lee Soo Kyung dengan senang hati dan memuji bakat lakonan pelakon wanita tersebut. Sama-samalah kita nantikan projek terbaru dari Lee Soo-kyung pada masa akan datang!

Baca lagi: 7 Pelakon Wanita Korea Ini Dulu Langsung Tidak Meminati Dunia Lakonan

Baca juga: 9 Pelakon Lelaki Korea Ini Tetap Popular Walaupun Sudah Bergelar Bapa