Home Entertainment Park Min Young Dilarang Meninggalkan Korea Selatan

Park Min Young Dilarang Meninggalkan Korea Selatan

0

Park Min Young diberitakan telah diberikan peringatan dan dilarang meninggalkan negara Korea Selatan. Pelakon wanita jelita itu perlu disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kes menggelapkan wang dan juga penggunalan wang haram.

004EF307 9171 441E 8026 D53749D9FB58

Keputusan untuk tidak membenarkan pelakon wanita tersebut meninggalkan negara Korea Selatan dikeluarkan oleh pihak mahkamah susulan penyiasatan ke atas Park Min Young pada Isnin 13 Februari 2023.

Baca Lagi: Pengalaman Barisan Bintang Utama Dalam The Glory

Bintang drama siri Korea Love In Contract itu sebelum ini diketahui menjalin hubungan dengan pakar kripto kontroversi. Walaupun dikhabarkan mereka berdua telah memutuskan hubungan, Park Min Young tetap disiasat oleh pihak berkuasa kerana dia turut disyaki sama terlibat dalam kes penipuan tersebut.

Bekas teman lelaki Park Min Young iaitu Kang Jong Hyun ditahan pada Khamis, 2 Februari 2023. Dia didakwa terlibat dengan kes penipuan, menggelapkan wang, dan juga manipulasi pasaran saham.

Selama siasatan berlangsung, Park Min Young membantah pembabitannya dalam kes Kang Jong Hyun. Namun pihak berkuasa menemui bukti bahawa Kang Jong Hyun menggunakan nama Park Min Young dalam beberapa transaksi kewangannya.

Seperti yang dipetik daripada sumber TenAsia pada Selasa 14 Februari 2023, Park Min Young kini dilarang meninggalkan negara Korea Selatan kerana dia akan menjalani proses soal siasat yang lebih lanjut.

Park Min Young dikecam netizen Korea Selatan

Hubungan antara Park Min Young dan Kang Jong Hyun tersebar kepada umum pada Rabu 28 September 2022. Sumber Dispatch telah mendedahkan foto-foto pelakon wanita tersebut dengan Kang Jong Hyun yang dianggap mencurigakan.

A67457CC EA10 4137 96EE 98554D4AF0CB

Kisah mereka menjadi kontroverai kerana lelaki itu pernah diheret ke mahkamah dengan kes penipuan wang dan dihukum penjara selama tiga tahun pada tahun 2016.
Park Min Young dikritik oleh netizen Korea Selatan kerana menjalin hubungan dengan penjenayah sehingga dituduh sebagai mata duitan. Lebih-lebih dia turut dikhabarkan mendapat hadiah mewah berupa sebuah kereta sport jenama Lamborghini.

Susulan tuduhan tersebut, agensi Park Min Young mengeluarkan kenyataan bahawa artis naungannya telah memutuskan hubungan dengan Kang Jong Hyun. Hook Entertainment turut menegaskan bahawa Park Min Young akan lebih berhati-hati memilih lelaki yang akan dijadikan temannya.

Park Min Young akan lebih berhati-hati dengan siapa dia berhubungan selepas ini dan lebih bertanggung jawab sebagai seorang selebriti. Diharapkan semua orang mengerti dan mengizinkan Park Min Young untuk fokus dengan penggambaran dramanya,” demikian kenyataan Hook Entertainment sewaktu Park Min Young membintangi drama siri Korea Love In Contract.

Akhirnya pada Rabu 12 Oktober 2022, Kang Jong Hyun memberikan pengesahan kepada Dispatch. Dia mengaku telah memutuskan hubungan dengan Park Min Young kerana tidak mahu merosakkan reputasi dan kerjaya pelakon tersebut. Dia berharap Park Min Young tidak lagi dilibatkan dengan sebarang kontroversi.

Baca Juga: 5 Artis Korea Dikecam Teruk Akibat Skandal