Home Entertainment 10 Filem Yang Diharamkan di Banyak Negara

10 Filem Yang Diharamkan di Banyak Negara

0

Setiap negara kebiasaannya mempunyai lembaga penapisan filem yang bertanggungjawab menapis dan memastikan filem-filem yang ditayangkan di negara tersebut menepati standard tayangan yang ditetapkan.

Lembaga penapisan filem ini bertanggungjawab memilih filem-filem yang akan masuk dan ditayangkan di dalam negara. Kawalan terhadap isi dan penyajian sebuah filem dianggap sangat penting supaya dapat menjaga sensitiviti setiap lapisan rakyat.

8E0B9F14 6D4E 4970 981A E9F270086008Filem dengan adegan yang terlalu ganas, mengganggu emosi dan lucah sudah pasti akan terus disenarai hitam. Setiap negara mempunyai senarai filem terlarang yang unik dan aneh, sama seperti semua filem yang dianggap bertentangan dengan moral agama Islam yang dilarang di negara Iran.

Larangan ke atas sesebuah filem di sesebuah negara tentunya sentiasa berubah-ubah seiring dengan waktu. Namun, 10 filem ini sudah pasti terus memasuki senarai hitam terutamanya di negara-negara yang mempunyai lembaga penapisan filem yang cukup ketat.

Baca Lagi: 10 Filem Terbaik Seram Klasik Makhluk Mengerikan

Jom kita lihat senarai 10 filem yang telah dilarang untuk ditayangkan di banyak negara:

1. A Clockwork Orange (1971)
● Rating IMDb: 8.3/10
● Genre: Jenayah, Sci-Fi
● Dilarang di: Kanada, England, Brazil, Ireland, Afrika Selatan, Malaysia, Singapura,
dan Korea Selatan
● Dikeluarkan pada tahun 1971, A Clockwork Orange adalah film jenayah jahat yang
memaparkan adegan-adegan mengganggu dan kekerasan untuk menunjukkan kerosakan mental, kenakalan remaja, geng remaja, dan masalah sosial lainnya yang berlaku di England.
8175BE42 77B9 4676 AABA 91BC5D96959A scaled2. The Texas Chainsaw Massacre (1974)
● Rating IMDb: 6,2/10
● Genre: Seram, Jenayah
● Dilarang di: Jerman, Australia, England, Brazil, Finland, Chile, Ireland, Norway,
Singapura, Sweden, dan Ukraine
● The Texas Chainsaw Massacre adalah filem klasik yang disukai oleh ramai
penggemar filem seram.

Filem ini mendapat perhatian seluruh dunia. Leatherface sendiri dikenali sebagai sebagai salah satu watak penjahat filem seram paling ikonik sepanjang zaman. Filem ini menjadi salah sebuah filem seram yang paling menakutkan pada waktu itu.

3. Salo or The 120 Days of Sodom (1975)
● Rating IMDb: 5,8/10
● Genre: Drama
● Dilarang di: Kanada, Australia, New Zealand, Itali, dan Finland
● Salo or The 120 Days of Sodom adalah sebuah filem tahun 1975 yang diarahkan
dan ditulis bersama oleh Pier Paolo Pasolini. Sejak penayangannya banyak reaksi negatif dan keras telah dikeluarkan keatas filem ini.

Bagi versi filem yang tidak dipotong, banyak adegan-adegan menyimpang, kekerasan seksual, memakan kotoran, dan adegan sardis lainnya yang sememangnya tidak akan lepas dengan lembaga penapisan filem.

087CDE86 AEC1 4B9E 9D01 0732DEDF4398 scaled4. Hail Mary (1985)
● Rating IMDb: 6,4/10
● Genre: Drama
● Dilarang di: Argentina, Brazil, Amerika Syarikat, Vatican City, dan banyak negara lain di dunia
● Hail Mary adalah sebuah filem drama erotik Perancis tahun 1985 yang ditulis dan diarahkan oleh Jean-Luc Godard. Filem ini menceritakan tentang kisah Mother Mary secara moden.

Filem ini dianggap kontroversi kerana tema keagamaan ini digandingkan pula dengan adegan yang tidak senonoh, sehingga menyinggung perasaan penganut agama Kristian. Paus Johannes Paulus II mengkritik filem tersebut dengan mengatakan bahawa filem tersebut “sangat melukai perasaan keagamaan orang-orang beriman”.

5. The Last Temptation of Christ (1988)
● Rating IMDb: 7.5/10
● Genre: Drama
● Dilarang di: Argentina, Chile, Israel, Mexico, Filipina , Singapura, Turki, dan Amerika
Syarikat
● The Last Temptation of Christ adalah sebuah filem drama keagamaan yang
diarahkan oleh Martin Scorsese.

Filem ini menggambarkan kehidupan Jesus dan keadaan diri Jesus yang dalam ketakutan, keraguan, depresi, dan juga huraian keterdesakan nafsu. Godaan bagi Jesus untuk membayangkan dirinya terlibat dalam aktiviti seksual dalam filem tersebut menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian.
00C81B59 80B4 4FE8 96B1 254D481AC94E scaled6. A Serbian Film (2010)
● Rating IMDb: 5.0/10
● Genre: Seram, Misteri, Thriller
● Dilarang di: 46 negara termasuk Filipina, Malaysia, Australia, New Zealand, dan
Norway
● A Serbian Film adalah sebuah filem seram eksploitasi Serbia tahun 2010 yang
diproduksi dan diarahkan oleh Srđan Spasojević dalam debut filemnya. Filem ini telah dilarang tayang di 46 negara sekaligus.

Filem ini mengangkat tema tentang industri film pornografi, yang turut melibatkan kanak-kanak. Terlalu banyak adegan mengganggu dan ranjang yang melibatkan kanak-kanak (pedhopilia).

7. Cannibal Holocaust (1980)
● Rating IMDb: 5,8/10
● Genre: Seram, Pengembaraan
● Dilarang di: England, Singapura, Australia, Norway, Ireland, Jerman, New Zealand, dan Malaysia
● Cannibal Holocaust adalah filem dokumentari seram kanibal yang diarahkan oleh Ruggero Deodato dan ditulis oleh Gianfranco Clerici. Berkisahkan tentang seorang profesor dalam misi pencarian di Hutan Amazon menemukan filem yang diambil oleh kru dokumentari yang hilang.

Filem ini menampilkan kekejaman sekelompok suku kanibal, dan memperlihatkan secara jelas penyeksaan terhadap setiap mangsa, baik manusia mauhupun haiwan. Filem ini juga mempunyai unsur lucah.

FC193A1E 1C85 460B BBD7 D331B0AE292B scaled8. The Da Vinci Code (2006)
● Rating IMDb: 6.6/10
● Genre: Misteri, Thriller
● Dilarang di: Mesir, Jordan, Lebanon, Pakistan, Samoa, Kepulauan Solomon, Sri Lanka, Vatican City, dan Cina
● The Da Vinci Code adalah sebuah filem thriller misteri Amerika yang diarahkan oleh Ron Howard, ditulis oleh Akiva Goldsman, dan berdasarkan novel tahun 2003 karya Dan Brown dengan judul yang sama.

Baik novel, mahupun filemnya, kedua-duanya dianggap kontroversi. Filem ini dianggap kontroversi kerana menghina agama dengan tema-tema sensitif keagamaan.

9. Fifty Shades of Grey (2015)
● Rating IMDb: 4,2/10
● Genre: Drama romantik
● Dilarang di: Indonesia, Kenya, dan Kamboja
● Fifty Shades of Grey adalah sebuah filem drama romantik/erotik Amerika Syarikat
yang diarahkan oleh Sam Taylor-Johnson dan ditulis oleh Kelly Marcel. Berdasarkan novel karya E.L James dengan judul yang sama. Filem ini dianggap terlalu kotor di beberapa negara dengan adegan yang tidak senonoh.
B42F0AAB ABA9 4B61 B78B 8FFAEBECD2F4 scaled10. Child 44 (2015)
● Rating IMDb: 6.4/10
● Genre: Jenayah, Drama, & Sejarah
● Dilarang di: Rusia, Belarus, Ukraine, Kazakhstan, dan Kyrgyzstan
● Dilarang pada 15 April 2015 oleh Commonwealth of Independent States (CIS), Child
44 adalah sebuah filem thriller misteri tahun 2015 yang diarahkan oleh Daniel Espinosa, ditulis oleh Richard Price, dan berdasarkan novel tahun 2008 karya Tom Rob Smith dengan judul yang sama.

Filem ini diharamkan di beberapa buah negara kerana dianggap telah memutar belit fakta sejarah. Filem ini merungkai kes aneh pembunuhan kanak-kanak secara brutal semasa pemerintahan Stalin di Soviet Union pada awal 1950-an.

Demikian sahaja senarai 10 buah filem kontroversi yang dilarang tayangannya di beberapa buah negara di dunia. Daripada 10 filem yang tersenarai di atas, adakah anda pernah menonton salah satu darinya?

Baca Juga: 6 Filem Thriler Wajib Tonton