Home K - Pop Pakai Baju Batik Bapak Bapak Di Konsert, Anggota BTS Curi Perhatian Netizen

Pakai Baju Batik Bapak Bapak Di Konsert, Anggota BTS Curi Perhatian Netizen

0

Walaupun berbaki sebulan lagi sebelum menjengah ke tahun baru, 2019 sememangnya merupakan tempoh yang memberangsangkan bagi kumpulan sensasi Korea Selatan iaitu BTS. Selain dapat bekerjasama dengan Halsey (penyanyi Amerika Syarikat) menerusi lagu hit ‘Boy With Luv’, siapa dapat melupakan detik apabila kumpulan ini turut berjaya merangkul trofi ABPBH ke-32 bagi kategori Artis Korea Popular.

Konsert bersama peminat BTS meriah

57

Meskipun kumpulan dianggotai oleh 7 jejaka kacak ini baru saja selesai mengadakan jelajah BTS World Tour Love Yourself: Speak Yourself sejak awal tahun yang lalu, mereka turut sempat menjayakan konsert bersama peminat pada beberapa hari lepas. Bertujuan menghargai sokongan yang tak putus-putus daripada BTS Army, mereka jelas tidak menghampakan ribuan peminat apabila memberikan persembahan memukau di Stadium Zozo Marine, Jepun.

Baju mesyuarat PIBG?

59

Di sebalik kejayaan konsert itu, kemeja yang dipakai oleh Kim Taehyung bagaimanapun telah mencuri tumpuan peminat dari Malaysia. Menerusi posting dibuat oleh pengendali akaun Twitter bernama @syihax ini, corak pada baju tersebut kelihatan seakan-akan baju batik yang sememangnya sinonim dengan pemakaian penjawat awam di sini.

58

Jom Lihat Video Dibawah:

Baju batik ayah-ayah pakai…nampak pelik bila tuck in

Ternyata lawak bersahaja daripadanya telah menjadi tumpuan ramai apabila berjaya meraih lebih 7 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berseloroh mengenai busana artis berusia 24 tahun tersebut. Selain dikaitkan dengan penjawat awam dan pelajar asrama, mereka juga terhibur kerana jarang sekali melihat seseorang menyanyi sambil memakai baju batik secara ‘tuck in‘.

61

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Erin Sakura