Home K - Pop IU Kehilangan Sulli Dan Goo Hara Dalam Setahun, Peminat Kini Risau Keadaannya

IU Kehilangan Sulli Dan Goo Hara Dalam Setahun, Peminat Kini Risau Keadaannya

0

Seperti semua sedia maklum, seorang lagi bintang Kpop, Goo Hara yang dulu terkenal dengan girlband KARA semalam telah meninggal dunia akibat bunuh diri di rumahnya dekat Gangnam, Seoul.

Goo Hara yang juga rakan baik kepada Sulli ni katanya sudah lama menderita masalah depression, sama macam kawan baiknya juga.

98

Rupanya Sulli dan Goo Hara kawan baik IU? 

Sebelum kematian Sulli dan Goo Hara, terdahulu dunia Kpop pernah dikejutkan dengan insiden bunuh diri Jonghyun yang juga menderita masalah depression.

Tapi ramai yang tak tahu rupa-rupanya, Jonghyun, Sulli dan Goo Hara ni kawan baik kepada IU atau Lee Ji-eun, pelakon utama Hotel Del Luna!

Rata-rata netizen yang mengetahui hal ini sangat bersimpati dengan nasib IU yang terpaksa berhadapan dengan kehilangan dua orang sahabat dalam masa setahun. Mesti heartbreak gila dia sekarang kan… siapa tak sedih bila kawan baik meninggal macam tu.

99

IU menangis di tengah konsert lepas tahu kematian Goo Hara

Malah lebih menyentuh hati, netizen sempat merakam video yang menunjukkan IU menangis semasa membuat persembahan di satu konsert lepas mengetahui kematian sahabat baiknya, Goo Hara.

Nah tengok video kat bawah ni:

“Doa moga IU selamat dan sentiasa disayangi kerana kesedihan yang dia sedang alami sekarang” 

100

Rata-rata netizen yang bersimpati dengan keadaan yang dialami IU sekarang dan kebanyakan mereka telah meninggalkan komen support dan kasih sayang terhadap pelakon yang juga penyanyi tersebut.

Harap-harap IU taklah ambil jalan yang sama kerana kariernya sedang meningkat naik sekarang lepas Hotel Del Luna meletup-letup kan?? Be strong IU!

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Lobak Merah