Home K - Pop Private Akaun Dan Unfollow Semua Selepas Kematian Goo Hara, Peminat Kini Risau...

Private Akaun Dan Unfollow Semua Selepas Kematian Goo Hara, Peminat Kini Risau Keadaan Kim Heechul

0

Semalam satu lagi berita kematian yang dilaporkan oleh Koreaboo bahawa Goo Hara telah didapati meninggal dunia di kediamannya.

70
Apa yang merisaukan peminat ialah apabila Heechul telah memprivasikan akaun media sosialnya termasuklah instagram dan twitter serta unfollow semua kenalannya.

71
Tindakan Heechul itu dikatakan telah menimbulkan ketakutan kepada netizen kerana ia dilakukan di luar kebiasaannya lagi-lagi beliau mempunyai hubungan yang sangat erat dengan mendiang Goo Hara dan Sulli.

73
Sejak kematian Sulli, Heechul tetap meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa walaupun dilihat pernah berkabung sekejap. Beliau juga dikatakan membela kucing peninggalan mendiang Sulli dan tidak menafikannya apabila ditanya oleh netizen kemudiannya.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-duanya dalam selang sebulan saja sudah semestinya meninggalkan kesan yang sangat menyedihkan buat Heechul sehingga menyebabkan beliau mengambil tindakan sedemikian rupa. Semoga tiada perkara buruk berlaku pada Heechul.

You Are A Strong Man

74
Untuk info, Kim Heechul merupakan anggota dari kumpulan band dari Korea Selatan yang popular iaitu Super Junior. Dia adalah seorang penyanyi, aktor, model, serta seorang pemuzik yang berbakat.

Kita doakan yang baik-baik jela untuk Kim Heechul , moga dia tabah la dengan dugaan ni.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Remaja