Home Concert Ong Seong Wu Buat Peminat ‘Shaking’ Sewaktu Hi Touch.

Ong Seong Wu Buat Peminat ‘Shaking’ Sewaktu Hi Touch.

0

Minggu lalu, buat julung kali setelah pembubaran Wanna One, Ong Seongwu kembali ke Malaysia untuk mengadakan fanmeeting solonya.
Dengan sambutan hangat daripda peminat-peminat Malaysia yang sudah lama menantikan, Ong Seongwu membuka tirai dengan persembahan daripada “Treasure” oleh Bruno Mars. Bukan sahaja berkebolehan untuk menari, tetapi juga Ong Seongwu tidak lupa untuk mendendang lagu ballad yang mampu menyentuh emosi peminat.

DSC00293


Bukan itu sahaja, Ong Seongwu juga menyanyikan lagu tempatan “Rasa Sayang Hei” bersama-sama peminat dengan penuh semangat. Ong Seongwu juga turut berbahasa Malaysia yang mendapat sorakan gembira, “Sayang awak,” katanya.


Berlangsung selama dua jam, Ong Seongwu tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa menberikan respon yang mengundang sorakan gemuruh daripada peminat.
Fanmeeting diakhiri dengan persembahan bertenaga daripada Ong Seongwu dan peminat-peminat yang masih tidak percaya fanmeeting sudah berakhir. Walaubagaimanapun, peminat-peminat diberikan memori istimewa apabila berpeluang untuk melihat Ong Seongwu secara lebih dekat dengan sesi Hi touch untuk semua peminat.

DSC 0259


Admin sempat menemuramah peminat yang selesai sesi Hi Touch dan ada yang mengatakan masih ‘shaking’ apabila dapat bertentang mata secara dekat dengan Ong. Peminat melahirkan rasa puas hati dan gembira berpeluang untuk bertemu Ong Seong Wu ketika Ong Seong Wu Eternity in Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena pada 23 Mac lalu. Dibawah min kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang Fanmeeting Ong. Terima kasih kepada penganjur, The Archery kerana menjemput team Daebaking ke fanmeeting ini.