Home Concert Perkara Menarik Sewaktu Fanmeeting Nam Joo Hyuk ‘Current’ Di Malays3ia

Perkara Menarik Sewaktu Fanmeeting Nam Joo Hyuk ‘Current’ Di Malays3ia

0
NJH KL Video 1

Nam Joo Hyuk (NJH) sekali lagi datang ke Malaysia untuk fanmeeting pada 23 Mac yang lalu. Aktor kacak kelahiran Korea Selatan ini mencuri perhatian peminat melalui pelbagai drama dah filem lakonanya .

NJHFM Official Photo 1

Berikut merupakan antara perkara menarik yang berlaku sewaktu fanmeeting tersebut :

1- Peminat bertanyakan tentang kehidupan seharian NJH dan ini merupakan jawapannya.

Bangun pagi  sarapan  baring berehat  makan tengah hari  sambung baring berehat dan tidur  jumpa mak dan makan malam bersama  mandi  tidur

Jadual yang padat menyebabkan NJH lebih banyak luangkan masa rehatnya untuk tidur. NJH turut mengatakan bahawa ini hanya jadual asas untuk merehatkan fizikalnya yang selalu dia lakukan apabila cuti atau tiada rakaman.

2- Perkataan kegemaran NJH sepanjang fanmeeting ialah: Apa Khabar? Aku cinta padamu.

3- NJH telah memberi playlist lagu yang beliau sangat gemar pada masa ini.

Myungdong calling Car the Garden Lagu bukan romantik yang menarik perhatian NJH. Harap peminat boleh dengar lagu ini sambil bermimpikan NJH.
If you raise me up ( Yi Sung Yol )- Paling diminati NJH tapi beliau mengatakan yang lagu ini susah untuk dinyanyikan oleh beliau.

There’s nothing hold me back (Shawn Mendes) – Lagu ini digunakan untuk menaikkan semangat beliau kerana melodinya yang menarik dan bertenaga.
Duet Rachel Yamagata – NJH mengatakan yang lagu balada ini paling sesuai didengari pada waktu hujan.
Delicate Demian Rice – NJH berharap peminat boleh mendengar lagu ini pada waktu matahari terbenam sambil melihat awan bertukar warna kuning kemerahan.
Wonderwall Oasis – Ini ialah lagu kegemaran NJH dan kawan rapatnya, pelakon Ji Soo. Ji Soo turut menghantar mesej teks kepada NJH untuk melakukan yang terbaik pada fanmeeting ini.
Where we go Hareem – NJH telah menyanyikan lagu ini kepada peminatnya.

4- Antara program yang telah dijalankan antara NJH bersama peminat ialah:
• Melakonkan babak popular daripada dua drama beliau iaitu, Cheese in the Trap dan Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo. Dua peminat terpilih telah mendapat peluang untuk melihat secara dekat babak yang dilakonkan semula oleh NJH. Kesan sampingan kepada NJH, beliau jadi lebih pemalu.
• Permainan gunting batu kain (가위 바위 보?). 6 pemenang telah memperoleh peluang untuk bergambar polaroid bersama NJH.
• NJH telah membuat mocktail kegemaran beliau iaitu Pina Colada. Mocktail tidak beralkohol ini kemudian dihadiahkan kepada dua peminat bertuah.

Keadaan yang paling menghiburkan sepanjang fanmeet berlangsung adalah terdapat seorang peminat lelaki yang duduk berhadap NJH sepanjang sesi berlangsung (VIP Seater). Peminat tersebut sepanjang masa telah menjerit dan menyokong NJH sehingga beliau berasa malu kerana peminat lelaki tersebut. Ketika NJH sedang membuat mocktail, beliau sekali lagi disokong oleh peminat tersebut. Akhirnya MC telah mengajar NJH untuk bercakap “Cukup”. NJH mengekspresikan perkataan cukup kepada peminat lelaki itu dengan sangat jelas (macam bunyi orang korea cakap cukup dalam drama). Comel sangat .

Pendek kata memang tak mengecewakan la fanmeeting kali ni. Terima kasih kepada pengajur kerana sudi menjemput team Daebaking ke Fanmeeting yang sangat menarik ini.

Min share gqmbar-gambar sepanjang fanmeeting dibawah:

D3 5189
D3 5202
D3 5249
IMG 9093