Home Concert Fanmeeting Park Bo Gum Asia Tour ‘Good day’ Di Kuala Lumpur.

Fanmeeting Park Bo Gum Asia Tour ‘Good day’ Di Kuala Lumpur.

0
Poster FA

31.03.19, Kuala Lumpur- Seramai 3000 peminat telah menghadiri sesi Fan-meeting “2019 Park Bo Gum Asia Tour in Kuala Lumpur” pada sabtu malam yang lalu. Park Bo Gum yang telah hadir semenjak dari Khamis yang lalu memulakan siri jelajah asia beliau dengan sesi sidang media bersama peminat dan rakan media di Mandarin Oriental Hotel pada Jumaat yang lalu. Untuk kunjungan kali ketiga ke Malaysia ini, Park Bo Gum mengakui bahawa berasa dekat dengan Malaysia memandangkan Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi pada sesi “fanmeeting” bersama peminat 2016 terdahulu.

IMG 20190330 WA0015

“Saya telah menyediakan sesuata yang istimewa dan mengujakan untuk pertemuan kali ini berbanding dari perjumpaan kita yang terdahulu.” – Jaminan Park Bo Gum ketika di sesi sidang media untuk sesi bertemu peminat beliau.

Park Bo Gum yang telah membintangi Drama bersiri Korea Berjudul “Reply 1999”, “Love In The Moonlight” and “Encounter” turut berkongsi keterujaan beliau yang akan kerjasama bersama pelakon Gong Yoo untuk projek yang akan datang.

IMG 20190330 WA0014

“Saya berasa terharu dapat bekerjasama dengan pelakon senior Gong Yoo untuk drama terbaru kami yang berjudul memandangkan beliau adalah idola saya sejak dari dulu lagi.” – Kongsi Park Bo Gum ketika dia sesi sidang media.

Kemeriahan kunjugan Park Bo Gum ke Malaysia diteruskan dengan sesi bertemu peminat di Plenary Hall, KLCC pada sabtu yang lalu. Kesungguhan beliau dalam memberikan persembahan dan saat yang manis bersama peminat jelas terpancar sepanjang 2 jam persembahan. Park Bogum yang dikenali dengan gelaran “National Boyfriend” membuktikan kepada peminat bahawa gelaran tersebut memang layaknya diberikan kepada beliau.

IMG 20190329 WA0026

Sesi bertemu peminat 2019 Park Bogum in Kuala Lumpur dimulakan dengan sesi soal jawab antara Park Bo Gum bersama pengacara. Antara soalan yang jawab oleh Park Bo Gum adalah, “Apakah yang telah Bogum lakukan selama 3 tahun selepas sesi bertemu peminatnya”, “Apakah skill yang ingin beliau pelajari sekiranya mempunyai lebihan masa” dan “apakah watak yang ingin beliau lakonkan pada masa akan datang?”

“Memori yang tidak dapat saya lupakan tentang Malaysia adalah dimana peminat bersama sama menari tarian “Bombastic” sewaktu di fanmeeting yang lalu. Saya begitu gembira dengan keterbukaan peminat untuk turut menari.” – Ucap Park Bo Gum ketika sesi bersoal jawap di sesi pertama “fanmeeting”.

1457030650

Seterusnya Park Bo Gum telah memilih dua orang peminat untuk melakonkan semula babak-babak di dalam drama “Encounter”. Lebih lucu apabila antara peminat yang terpilih adalah lelaki dan rata rata peminat Malaysia begitu “sporting” menyakat Park Bo Gum untuk melakonkan babak “back hug”.

“Adakah ianya dibenarkan? Saya rasa dia sudah mempunyai teman wanita.” -Pantas Jawapan Park Bo Gum.

Turut menyentuh hati peminat apabila Park Bo Gum menyediakan pewangi aroma terapi yang direka sendiri. Walaupun pemenangnya hanya seorang namun Park Bo Gum berjaya membuat haruman tersebut merebak ke seluruh dewan. Tak cukup dengan itu beliau turut memberikan barang barang peribadi beliau kepada beberapa peminat terpilih melalui cabutan bertuah. Antara barang barang peribadi beliau ialah Baju, Kasut, kalendar, “lightstick” dan termasuklah barang barang yg diguna oleh Park Bo Gum sewaktu fanmeeting di Malaysia yang lalu.

1288737938

Persembahan Park Bo Gum di teruskan dengan beliau menyanyikan lagu yang berjudul “Lets go to see the star”, “My Person”, “Honey”, “Entertainer” dan teristimewa Park Bo Gum turut mendendangkan lagu berbahasa melayu yang bertajuk “Belaian Jiwa” diiringi petikan piano. Kelancaran sebutan dan kemerduan suara Park Bo Gum benar benar mempersonakan rata rata peminat yang hadir di sesi bertemu peminat beliau.
Di samping itu, beliau turut menghiburkan peminat dengan tarian lagu “What is Love” dan “Pretty U”.

“Mengapa kalian tidak menari sekali? Ini bukan peminat Malaysia yang saya kenal.” -Usik Park Bo Gum selepas memberikan persembahan tarian yang bertenaga.

1838276495

Persembahan malam itu di akhiri dengan sesi “high touch” bersama sama peminat dan pemberian surat bertulisan tangan istimewa daripada Park Bo Gum sendiri. Pasti Kenangan manis yang telah tercipta sepanjang sesi bertemu peminat ini tidak akan dilupakan dan akan kekal selama lamanya.

” Sabtu 30 March di Malaysia adalah hari yang indah bagi saya. Saya akan selalu ke Malaysia supaya peminat dapat melepaskan rindu dan jarak antara kita hanyalah 10cm.” -Ucapan Park Bo Gum di official “twitter” beliau selepas sesi bertemu peminat.

1554110395778 1555043330

Terima kasih kepada penganjur AC Music Entertainment dan Blossom entertainment yang telah menjemput hollkpop ke 2019 Park Bo Gum Asia Tour in Kuala Lumpur. Terima kasih daun keladi, semoga di akan datang bertemu kita sekali lagi.

592432591