Home Kdrama/Kmovie Nothing Uncovered: 7 Nasib Buruk yang Menimpa Jang Seung Jo Selepas Skandal...

Nothing Uncovered: 7 Nasib Buruk yang Menimpa Jang Seung Jo Selepas Skandal Curang Didedahkan

0

Seol Woo Jae (Jang Seung Jo) akhir-akhir ini telah berjaya menarik perhatian melalui lakonan dan wataknya dalam drama Korea Nothing Uncovered. Tingkah laku dan keperibadiannya yang terkenal sangat baik dan menarik berubah secara drastik selepas kes curangnya dengan seorang artis bernama Cha Eun Sae (Han Ji Eun) didedahkan oleh pihak media.

IMG 2076

Perubahan sikapnya juga adalah kerana isterinya, Seo Jung Won (Kim Ha Neul). Seol Woo Jae juga kerap menerima banyak tuduhan yang belum disahkan kebenarannya hingga episod 8.

Bukan hanya itu, masih banyak lagi nasib buruk dan malang yang menimpanya selepas skandal tentang perempuan simpanannya didedahkan. Tujuh nasib buruk dan malang Seol Woo Jae selepas perlakuan curangnya diketahui telah terangkum di bawah ini.

 

Nothing uncovered
1. Akibat skandal curangnya dengan Cha Eun Sae terungkap dan didedahkan, Seol Woo Jae dianggap memiliki potensi dan motif paling kuat sebagai pembunuh artis itu

 

 

c57b4d13 dfea 4fa6 b232 dcab0eed3bc4
2. Walau membantah dan tidak mengakuinya, Seol Woo Jae juga disyaki sebagai ayah kepada anak Cha Eun Sae kerana artis itu meninggal dunia dalam keadaan sedang hamil 3 bulan

 

 

IMG 2074
3. Kes skandal curangnya itu membuatkan isterinya, Seo Jung Won tidak lagi mempercayainya, bahkan wanita itu dalam diam menyiasat masa lalunya

 

 

IMG 2069
4. Seol Woo Jae kembali menjalani kehidupan cinta yang bertepuk sebelah tangan, tambahan pula apabila isterinya sering terlibat dalam kerja sama dengan bekas teman lelakinya iaitu Kim Tae Heon

 

 

IMG 2075
5. Menutup kes ini, ayahnya iaitu Seol Pan Ho (Jung Woong In) melarang aktivitinya sebagai penulis novel dan menariknya ke yayasan keluarga

 

 

IMG 2079
6. Yoo Yoon Young (Han Chae Ah) yang dianggap sebagai sahabat baiknya ternyata memiliki dendam tersembunyi, bahkan sering membahayakan rumah tangganya

 

 

IMG 2080
7. Seol Woo Jae juga dikaitkan dalam kematian kawan sekolahnya iaitu Lee Na Ri, dia juga dikatakan terlibat dalam kebakaran Kilang Bongto yang meragut nyawa ramai orang

Hingga episod 8 hanya kes curang sahaja yang diakui oleh Seol Woo Jae. Walau begitu, kehidupannya juga selalu dibayangi oleh banyak masalah yang belum terbukti dilakukan sendiri olehnya. Bahkan, di beberapa adegan terdapat watak-watak lain yang seakan-akan mahu memerangkap Seol Woo Jae.

Jangan lupa saksikan episod seterus Nothing Uncovered di Viu ya!

Baca lagi: Nothing Uncovered: Kisah Lampau Terungkai dalam Episod 5 dan 6? Makin Menarik
Baca juga: Nothing Uncovered: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, 7 Nasib Malang Menimpa Kim Ha Neul