Home K - Pop Netizen Jepun Bengang Dan ‘Claim’ Nama Laut Dalam Lirik Lagu Jin BTS

Netizen Jepun Bengang Dan ‘Claim’ Nama Laut Dalam Lirik Lagu Jin BTS

0

Netizen Jepun serang Jin BTS kerana subjek geografi.

Anggota kumpulan K-Pop hit berkenaan tulis East Sea (Laut Timur), bukan Sea of Japan (Laut Jepun) dalam lirik lagu gubahannya sendiri, ‘Super Tuna’.

bv

Memandangkan lagu ‘Super Tuna’ sedang trending di YouTube dan mendapat perhatian dunia, netizen Jepun pertikaikan nama laut yang digunakan oleh Jin BTS yang sebetulnya Laut Jepun, bukan Laut Timur mengikut piawaian antarabangsa.

Rancak campaign 1640x614 1 2

Menurut perkongsian laman Theqoo, difahamkan isu nama Laut Jepun ini bukan hanya jadi titik perang jari antara netizen tetapi memang sejarah konflik yang panjang antara dua negara tersebut.

Laut Jepun atau Laut Timur dikelilingi tanah besar Rusia dan pulau Sakhalin di utara, Semenanjung Korea di barat, dan kepulauan Hokkaidō, Honshū, dan Kyūshū, Jepun di timur.

Sea of Japan Map en

Meskipun Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) setuju namakan Laut Jepun selepas negara sakura itu buat tuntutan, orang Korea tidak setuju dan tetap panggilnya Laut Timur.

Tahun lepas IHO cuba mengambil jalan tengah untuk namakan laut itu mengikut angka, bukan Laut Jepun atau Laut Timur namun perang saraf itu tetap berlangsung.

Menerusi video muzik lagu ‘Super Tuna’ tadi, Jin menari comel sambil nyanyi lagu ikan berlatarkan laut biru.

Untuk baca lagi artikel tentang BTS, klik pautan artikel di bawah: 

4 Kepayahan Yang BTS Pernah Alami Sebelum Terkenal

3 Rahsia Kulit Tanpa Cela BTS V dan J-Hope, Rugi Tak Cuba!

Jung Kook BTS sedang diburu

Sumber: Theqoo

Jom follow rapat FB page DaebaKing dan akaun IG Daebakingz untuk tahu lagi cerita-cerita menarik dan teropong dunia!