Apa itu Mukbang? Sekiranya anda taip tujuh huruf itu di YouTube, anda akan jumpa ribu-ribu video orang makan.

Video tengah makan-makan pun ada orang layan juga ke? Iya, malah ramai suka tengok orang makan banyak-banyak dengan penuh berselera dan jadi konten hiburan yang dikenali sebagai mukbang.

Juta-juta orang tengok, tetapi adakah jutaan orang juga tahu realiti di sebalik trend yang bermula di Korea Selatan ini?

Bagaimana Trend Mukbang Bermula?

Perkataan ‘mukbang’ sendiri berasal dari Korea Selatan. Difahamkan ‘Muk-ja’ bermaksud makan manakala ‘bang-song’ bermakna siar. Maka terjadilah kegiatan orang siarkan diri mereka secara langsung di internet semasa tengah makan sejak sekitar tahun 2010 ini.

800px Jangpas MukBang Short arm octopus and pork belly MukBang.webm

Bagi orang Korea, makan ni merupakan aktiviti sosial dan tak patut makan sorang-sorang. Trend makan depan kamera ini bermula apabila tiada teman untuk makan lalu ajak netizen untuk jamu mata menikmati makanan bersama-sama.

Ada juga pendapat mengatakan mukbang popular kerana caranya yang tidak perlu berinteraksi dengan orang sebenar secara bersemuka.

main qimg d46d33c19b4c857b641e4cd2fb95e2d6

Bermula di Korea, apabila orang Amerika menggilai juga trend ini, ia jadi terkenal dan diikuti satu dunia.

Mukbangers Buat Duit

Kebanyakan orang bekerja berhempas pulas dari matahari terbit sampai terbenam untuk cari nafkah. Manakala mukbangers yang ada saluran YouTube popular kerjanya adalah makan depan kamera.

YouTube dan pengiklan bayar bukan biasa-biasa. Contohnya Park Seo-Yeon, salah seorang YouTuber dan blogger makanan yang meraih pendapatan hampir $9,000 (sekitar RM 36,000) sebulan hasil saluran YouTube dia sahaja.

Isu Kesihatan & Haters

Meskipun nampak lumayan, kegiatan ini juga bukan mudah untuk dijadikan pendapatan tetap.

Salah satu nikmat termahal yang perlu dikorbankan adalah kesihatan. Ada mukbangers yang mengambil kuantiti makanan segera seperti nugget, burger, kentang goreng yang sangat banyak.

the whitewashing of mukbang nikocado avocado america binge eating CR

Theresa Kinsella, seorang ahli dietetik pernah berkata kepada New York Times, antara risiko kesihatan yang boleh dilihat dalam masa singkat semasa mukbang ini adalah tubuh tak selesa, keletihan dan sakit perut. Manakala jangka masa panjang pula adalah obesiti, sakit jantung, diabetes malah kanser.

Misalnya Nicokado Avocado, seorang mukbanger popular dari Amerika cerita yang duduk makan ribu-ribu kalori pernah buatkan dia menangis di dalam tandas sebab macam nak meletup perutnya. Berat badannya juga bertambah-tambah naik.

maxresdefault 1

Dalam satu video ni, ada mukbanger yang teruskan juga buat mukbang walaupun kesihatan jadi taruhan sebab itu sahaja sumber pendapatannya.

Video-video mukbangers juga ada yang dapat ribuan dislikes dan komen kecaman di YouTube kerana tunjukkan contoh yang tidak baik dengan memakan makanan berlemak, berminyak dan bergoreng.

Namun mengapa ramai juga yang masih komen atau tengok walaupun dislike atau tak suka? Mungkin kerana macam tengok kebakaran lah. Bahaya, tapi ramai juga yang nak tengok walaupun dari jauh.

Sumber: [1], [2], [3]

Previous articleIni Ciri-ciri Wanita Idaman 5 Aktor Korea Popular
Next articleNetizen Jepun Bengang Dan ‘Claim’ Nama Laut Dalam Lirik Lagu Jin BTS