Berpakaian serba hitam, hanya nampak biji mata dan bergerak seperti bayang-bayang menyusup masuk ke sesuatu tempat untuk misi pengintipan atau pembunuhan rahsia. Susuk tubuh itu kelihatan sungguh misteri dan cool.

Atau berlaga senjata shuriken, pisau sampai terkeluar percikan api serta boleh hilangkan diri sekelip mata. Mungkin itulah yang terbayang di minda kita apabila sebut tentang ninja. Tidak mustahil juga ada yang teringatkan van penghantar bungkusan barang itu.

Namun Kawakami Jinichi, seorang grandmaster ninja di Jepun ketawa bila dengar cerita ninja dalam skrin TV. Expectation versus realiti ninja ini hampir tak sama. Katanya, ninja ini sebenarnya orang biasa juga, bukan manusia super.

Ninja Terakhir di Jepun

Seni ninjutsu dipanggil ninpo semasa zaman feudal Jepun. Orang yang praktis seni bela diri ini dipanggil ninja.

Suatu hari, Asian Boss menemu bual Kawakami Jinichi yang dikatakan ninja terakhir di muka bumi Jepun. Ninjutsu dikatakan wujud sejak zaman Edo (1603-1868). Kebanyakan ninja ni berahsia dan ‘hilang’ atau sorok identiti mereka.

naruto gc75f68b3e 1280

Menurut Kawakami, ninja asalnya dipanggil shinobi-no-mono, bermaksud seseorang yang bergerak secara curi-curi (bertindak secara rahsia dan senyap untuk capai tujuan).

Perkataan ninja dipopularkan sewaktu era Showa khususnya tahun 1960-an merujuk kepada orang yang mahir seni ninjutsu.

ninja 1798328 960 720

Ceritanya lagi, ninja sebenarnya bukan pejuang, tetapi orang biasa yang kena teruskan hidup dan mahir dalam pengintipan serta melawan pihak berkuasa dalam diam. Kemahiran ninjutsu ini biasanya digunakan untuk memperdayakan orang, aktiviti perisikan dan tiupkan khabar angin kepada masyarakat.

Kebanyakan misi mereka adalah rahsia sulit sehingga terlalu sedikit kegiatan mereka tercatat dalam dokumen rasmi. Peralatan dan kaedah pula diperturunkan dari mulut ke mulut generasi.

Skil Ninjutsu

Kawakami belajar ninjutsu atau teknik ninja ini daripada master dia, Masazo Ishida yang merupakan agen perisik semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Antara skil yang dipelajarinya sejak usia enam tahun adalah cara buat kod rahsia, cara berjalan, berlari dan bermain senjata serta pecah masuk ke rumah.

“Kadang saya tertanya juga kalau-kalau dia latih saya jadi pencuri sebab saya diajar bagaimana berjalan senyap-senyap dan pecah masuk ke rumah.” – Kawakami/BBC

Skil lain yang dikuasainya adalah cara buat bahan letupan dan ubat-ubatan bersumberkan herba. Biasanya ayah ajar anak lelaki, tetapi ramai juga pemuda yang diambil jadi anak angkat dalam puak ninja.

romeo a jDU4rO4MYEk unsplash

Ninja Juga Ada Kerja Lain

“Kerja mereka bukan setakat jadi pembunuh upahan seperti yang orang tengok di movie. Malah mereka ada kerja hakiki lain. Tak boleh ‘hidup’ lah jadi ninja saja. Haha.” – Kawakami/BBC

Sesetengah ninja dipercayai ada yang jadi petani, pedagang (guna kerja mereka untuk mengintip), mungkin juga ada yang jadi samurai mengikut kasta empat kelas yang ditetapkan oleh kerajaan Tokugawa: Pahlawan, petani, seniman dan pedagang.

Manakala ninja abad 21 pula, Kawakami sebelum ini merupakan jurutera dan bertali leher seperti pekerja profesional Jepun lain.

Rancak campaign 1640x614 1

Cara Naruto Berlari dan Shuriken

Lelaki ninja turut jelaskan cara lari ninja yang dipanggil ‘Namba Bashiri’ di mana tangan kanan dan kaki bergerak selari. Kawakami komen yang cara Naruto berlari boleh dikatakan memang stail ninja.

Elakkan pusing badan atau tangan terayun-ayun semasa berlari. Pusing-pusing badan semasa berlari ini banyak guna tenaga. Bila tengok Naruto berlari, badannya mengeras dan sedikit bongkok untuk fokus kepada pusat graviti di depan dan berlari lurus. Memang itu cara bagaimana ninja berlari.

tidycooperativebullmastiff size restricted rf3c

Cara berlari itu untuk kurangkan penat, penting untuk kekalkan stamina kerana pada zaman dulu, orang berjalan atau tunggang kuda untuk travel.

Manakala rupanya shuriken (senjata berbentuk bintang) pula Kawakami kata itu sebenarnya skil Samurai, bukan ninja. Mereka tidak sukakan senjata itu kerana berasa senjata itu tidak berguna dan tidak efektif.

“Ninja berasakan membazir baling benda shuriken tu (kerana besi mahal zaman dulu) dan susah nak kelek sana sini kerana berat, baik baling batu-batu di tepi jalan je.” – Kawakami/Asian Bos

daniel lincoln xm49F658RyM unsplash

Mereka lebih gemar senjata seperti pedang, panah dan lembing. Atau peralatan perkebunan yang lebih praktikal seperti sabit turut digunakan semasa berperang. Tebas rumput sambil tebas kepala orang.

Ninja Sebenar

Pada pendapat Kawakami, ninja versi anime kebanyakannya lebih tertumpu pada aksi lawan-lawan. Dalam realiti, ninja sebenar seboleh mungkin kena elak bergaduh dengan pelbagai cara dan jadi halimunan sahaja, tidak dikenali sesiapa.

“Jadi ninja bukan tentang populariti, atau siapa lagi handal bertarung dan dikenali ramai. Walaupun tak punya apa-apa, kami tetap mampu capai pelbagai perkara.” – Kawakami Jinichi

Bagaimana pun tidak semuanya ditayangkan dalam TV tidak tepat, contohnya dalam anime Naruto, ada teknik yang bertepatan dengan fakta ninja, cuma exaggerate sikit untuk sesuaikan dengan hiburan.

Kata Kawakami lagi, ilmu ninja zaman dahulu hampir pupus ditelan zaman, diganti dengan peralatan perang yang lebih canggih.

Sumber: BBC, Mashable, Asian Boss

Jom follow rapat FB page DaebaKing dan akaun IG Daebakingz untuk tahu lagi cerita-cerita menarik dan teropong dunia!

Previous articleNetizen Jepun Bengang Dan ‘Claim’ Nama Laut Dalam Lirik Lagu Jin BTS
Next articleArtis K-Pop Ini Cerita Pernah Dibelasah Semasa Zaman Sekolah Hanya Kerana Dia ‘Cute’