Home Entertainment Naeun Malu-Malu Depan Cha Eun Woo Dalam ‘The Return of Superman’

Naeun Malu-Malu Depan Cha Eun Woo Dalam ‘The Return of Superman’

0

Naeun, anak perempuan kepada pemain bola sepak profesional Korea, Park Joo-ho kelihatan malu-malu sewaktu berhadapan Cha Eun-woo, anggota kumpulan ASTRO.

Dalam episod ‘The Return of Superman’ pada 22 Ogos lepas, Cha Eun-woo dan rakan sekumpulannya MJ melawat rumah Park Joo-ho.

Apabila Cha Eun-woo dan MJ sampai, ketiga-tiga anak Park Joo-ho―Na-eun, Geon-hoo dan  Jin-woo teruja menyambut tetamu mereka.

Namun Na-eun menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara semasa berhadapan dengan Cha Eun-woo sehingga Park Joo-ho pun terkejut melihatnya.

Tidak mampu menatap mata Cha Eun-woo, Na-eun yang sebelum ini ceria bertukar menjadi pendiam dan pemalu.

Park Joo-ho yang memperhatikan hal ini, lalu bertanya pada Na-eun, “Kamu malu ke, Na-eun? Kenapa pemalu sangat hari ini?”

Na-eun hanya membalas pertanyaan itu dengan anggukan berserta senyuman malu dan tiada sepatah kata.

Cha Eun-woo yang melihat Na-eun mengenakan gaun merah jambu itu puji, “Nampak macam princess lah, Na-eun.”

Mendengarkan itu, Na-eun terus blushing atau tersipu malu dan melarikan anak mata daripada Cha Eun-woo.

1629778516 1

Kemudian, Na-eun melukis gambar dan menulis, “I love you, Cha Eun-woo.”

Sementara itu, bapak dia perhati je…

1629778927 26

Sumber: SBS