Home K - Pop Lee Jin Hyuk Terdengar Suara Misteri Semasa Sesi Bersama Peminat

Lee Jin Hyuk Terdengar Suara Misteri Semasa Sesi Bersama Peminat

0

Artis K-pop Lee Jin Hyuk berkongsi bahawa dia mendengar suara aneh semasa sesi menandatangani peminatnya baru-baru ini.

Dalam episod rancangan televisyen MBC ‘Horror Talks’ pada 26 Ogos lalu, Lee Jin Hyuk muncul sebagai tetamu jemputan.

Semasa rancangan temu bual itu, Lee Jin Hyuk buka cerita tentang kejadian paling menyeramkan yang pernah dialaminya tidak lama dahulu.

Lee Jin Hyuk berkata, “Kira-kira tiga bulan yang lalu selepas mempromosikan album ‘SCENE26’, saya mengadakan sesi tanda tangan bersama peminat.

Kata bintang K-pop itu lagi, “Menjelang akhir acara tersebut, saya biasanya mengenakan pakaian mengikut tema berbeza untuk peminat mengambil gambar dan video.”

“Ketika saya menari ikut rentak muzik dengan pakaian khusus, jelas di telinga saya mendengar seseorang berkata, ‘Mari kita tukar pakaian lain sekarang.’ betul-betul di sebelah saya. ”

“Saya berpaling untuk tengok siapa, tetapi tiada orang pun di sebelah saya. Ada video kejadian itu di laman sosial.” ujarnya lagi.

Terakhir, dia menambah, “Saya betul-betul terkejut masa tu. Lalu saya memberitahu peminat untuk minta diri sekejap sebelum pergi ke belakang pentas.

Sumber: SBS