Home Entertainment Amerika Syarikat Nak Buat Filem ‘Train to Busan’ Versi Baru

Amerika Syarikat Nak Buat Filem ‘Train to Busan’ Versi Baru

0

Pengarah The Night Comes for Us, Timo Tjahjanto sedang dalam perbincangan untuk menerajui pembuatan semula filem ‘Train to Busan’.

Filem thriller zombie di dalam kereta api itu pecah panggung dan mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan Gamespot, pembikin filem Indonesia, Timo Tjahjanto sedang dalam rundingan untuk mengarahkan filem remake ini.

Filem ‘Train to Busan’ versi AS ini akan diterbitkan oleh New Line Cinema, yang merupakan sebahagian daripada WarnerMedia.

Bakal pengarahnya adalah Tjahjanto bersama James Wan manakala Gary Dauberman pula menulis skrip. Tarikh tayangan belum diumumkan.

Tjahjanto terkenal dengan filem brutal Netflix 2018, The Night Comes For Us dan filem seram May the Devil Take You dan sekuelnya May the Devil Take You Too.

Dauberman pula pernah menulis semua filem siri Annabelle manakala James Wan dengan filem arahannya yang terkenal, Conjuring dan It: Chapter Two

Train to Busan diarahkan oleh Yeon Sang-ho dan dilancarkan pada tahun 2016. Filem berlatarkan kereta api ini memaparkan kisah sekumpulan penumpang yang cuba bertahan hidup semasa diserang wabak zombie.

Ia adalah filem terlaris 2016 di Korea Selatan, dan kini bertakhta dalam carta sebagai filem Korea Selatan ke-14 paling berjaya sepanjang zaman.

Prekuel animasi berjudul Seoul Station dilancarkan pada tahun 2017, dan sekuel live-action Peninsula menyusul tahun lalu.