Home K - Pop 5 Konsep Video Muzik K-Pop Yang Dipinjam Daripada Komik

5 Konsep Video Muzik K-Pop Yang Dipinjam Daripada Komik

0

Salah satu cerita dalam bentuk ekspresi visual yang menarik adalah komik.

Tidak hanya sekadar menghibur, komik juga boleh mendidik dan memberi inspirasi misalnya produksi kepada 5 video muzik (MV) K-Pop di bawah:

1. Epik High- “Don’t Hate Me”

Kumpulan Epik High meminjam watak daripada komik DC dalam video muzik apabila mereka menampilkan pelakon kanak-kanak yang bermain sebagai penjahat terkenal.

Dua daripada antagonis ‘The Dark Knight’ ini termasuk Two-Face dan Joker.

2. 2NE1 – “Hate You”

Video muzik memaparkan gaya post-apocalyptic ini mengambil konsep novel grafik Jepun atau manga.

3. PSY with Lang Lang – “Father”

Dengan kerjasama Lang Lang, PSY menceritakan bagaimana ayahnya menjaga dia dan keluarganya selama ini dan dia akhirnya menyedari bahawa cara terbaik untuk membayarnya adalah meluangkan masa bersamanya apabila usia mereka semakin meningkat.

Pengorbanan ayahnya itu diabadikan dengan indah menerusi gaya novel grafik Korea dalam video muzik bertajuk ‘Father’.

4. Dumbfoundead – “Safe”

Dumbfoundead banyak pinjam muka karakter terkenal bagi menjayakan video muziknya termasuk Iron Man dari komik Marvel.

5. BTS – “Anpanman”

Anpanman merupakan karakter superhero berupa roti ban kacang merah yang dihasilkan oleh artis manga Jepun, Takashi Yanase dan sangat popular di Korea pada tahun 1990-an.

Walaupun tidak gagah perkasa dan setangkas Batman atau Superman, dia ialah penyelamat semasa orang kelaparan.

BTS mengabadikan memori “Anpanman” karya Takashi Yanase yang pernah menjadi sebahagian kanak-kanak era 1990-an ke dalam MV ini bersama lirik yang penuh makna.

Sumber: [1]