Home Kdrama/Kmovie Anda Kaki Game? Ini 5 C-Drama Menarik Tentang e-Sukan

Anda Kaki Game? Ini 5 C-Drama Menarik Tentang e-Sukan

0

Sukan elektronik atau e-sukan merupakan satu permainan video yang dijadikan satu permainan yang kompetitif untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik.

Antara contoh permainan video yang boleh dikategorikan sebagai e-sukan ialah Call of Duty, FIFA, dan Dota 2 manakala permainan seperti Candy Crush pula tidak dapat dikenal pasti sama ada e-sukan atau senaman jari.

Menurut laman Soompi, di China kira-kira setengah bilion umat manusia di sana aktif bermain permainan video.

Berikutan bertambahnya gamers di negara Tembok Besar itu, tidak hairanlah genre e-sukan yang diketengahkan dalam drama Cina turut mendapat sambutan hangat seperti 5 drama di bawah ini:

1. Love O2O

love o2o poster yang yang zheng shuang

Bei Wei Wei, merupakan pelajar tahun dua jurusan sains komputer. Selain cemerlang dalam pelajarannya, Wei Wei juga bercita-cita untuk jadi game developer dan main game A Chinese Ghost Story.

Dia satu-satunya wanita yang tersenarai dalam 10 pemain terbaik dalam game itu dan kehandalannya itu menarik minat Xiao Nai, pemain No.1 dalam carta yang kebetulan senior universiti untuk berkenalan dengannya.

2. Go Go Squid

go go squid poster li xian yang zi

Tong Nian, pelajar master kejuruteraan komputer dan penyanyi popular dalam talian yang dikenali dengan nama “Little Squid.”

Suatu hari dia berselisih bahu dengan gamer legenda Han Shang Yan di kafe siber. Dia yang dipanah cinta pandang pertama mula berusaha untuk mencairkan hati Shang Yan yang sejuk dan dingin macam ais batu.

3. Gank Your Heart

gank your heart poster wang yibo wang zi

Qiu Ying bertemu Ji Xiang Kong di sebuah perlawanan antarabangsa dan bergaduh. Qiu Ying jadi pengulas e-Sukan manakala Xiang Kong pula seorang strategis cerdik yang ada reputasi unggul dalam dunia e-Sukan itu.

Sambil-sambil berbalah, salah faham dan bekerjasama untuk berjaya, perasaan romantik pun semakin berkembang.

4. Falling Into Your Smile

falling into your smile poster xu kai cheng

Semua ahli dalam team Onmyoji Premier League adalah lelaki dan diterajui oleh kapten yang angkuh dan hard-to-please, Si Cheng. Apabila tangan salah seorang member tercedera, mereka terpaksa cari pengganti dan rekrut Tong Yao, seorang gamer amateur.

Pada mulanya Si Cheng tak berapa berkenan dan simpan prejudis pada pemain wanita itu. Tapi bila tengok kesungguhan Tong Yao, dia jadi lembut hati untuk terimanya sebagai ahli baru.

Dengan sokongan Si Cheng dan pasukannya, Tong Yao akhirnya berjaya membuktikan kemampuannya apabila berdiri di pentas dunia bagi merebut gelaran juara.

Drama ini memaparkan struggle para pemain e-sukan apabila memilih kerjaya yang dianggap tidak konvensional ini.

5. You Are My Glory

you are my glory yang yang dilreba 50

Qiao Jing Jing, duta mobile game popular ‘Honor of Kings’ dan Yu Tu, seorang jurutera aeroangkasa merupakan bekas teman sekolah menengah.

Suatu hari, video Jing Jing tak reti main game walaupun dia seorang duta tersebar. Untuk selamatkan imej dan kontraknya, dia masuk pertandingan dan habiskan masa asah skil gaming.

Hal itu mempertemukan dia semula dengan Yu Tu, crush lama zaman sekolah selepas 10 tahun tak jumpa. Yu Tu akhirnya jadi coach ajar Jing Jing main game.