Home Kdrama/Kmovie 9 K-Drama Baru Berderet Nak Keluar Bulan September 2021

9 K-Drama Baru Berderet Nak Keluar Bulan September 2021

0

Pejam-celik-pejam-celik, bulan Ogos sudah hampir ke penghujungnya. Tirainya bakal dilabuhkan bersama tarikh penting yang tercatat dalam sejarah iaitu ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia.

September pula semakin tiba bersama 9 drama Korea terbaru yang akan mewarnai skrin anda:

1. Lost

Lost Jeon Do Yeon Ryu Joon Yeol 716x1024 1

Drama Korea “Lost” menceritakan kisah tentang orang-orang dewasa dan biasa yang rasa tak ada arah tuju dalam hidup dan cuba cari sisi terbaik mereka.

Boo Jung (Jeon Do Yeon) merupakan seorang penulis wanita yang rasa dirinya macam tak punya apa-apa di usianya yang menjangkau 40-an.

Manakala Kang Jae (Ryu Jun Yeol) pula seorang lelaki berusia 27 tahun yang menjalankan perkhidmatan di mana pekerja perlu ikut saja apa yang diminta pelanggan.

Saat dua insan yang ada krisis eksistensialisme dan emosi yang kompleks ini bertentang mata, adakah mereka akan tersenyum dan tertawa bersama nanti?

(JTBC, 4 September)

2. High Class

High Class Cho Yeo Jeong Kim Ji Soo Park Se Jin Gong Hyun Joo 723x1024 1

Di mata masyarakat, mereka adalah wanita classy dan mempunyai kehidupan sempurna. Tapi rupanya terselit juga hipokrasi dan penipuan mereka yang terhijab daripada pandangan umum.

Kehadiran Danny Oh, guru hensem dan bekas pemain hoki ais di sekolah berprestij itu membuatkan mak-mak pelajar, guru wanita dan pelajar perempuan tak senang duduk dan berbalah.

Tetapi Danny Oh ni seorang lelaki misteri dan perahsia.

(tvN, 6 September)

3. The Viel

The Veil Namkoong Min 719x1024 1

Drama ini menceritakan tentang agen elit paling legend di NIS (National Intelligence Service).

Kerana rekod dan kemahirannya yang hebat dalam menyelesaikan misi, Han Ji Hyuk (Namgoong Min) adalah ejen top yang disanjung tinggi oleh rakan-rakannya.

Namun, ketika dia hampir berjaya menumpaskan sindiket jenayah terancang, tiba-tiba jejak Han Ji Hyuk seolah-olah lenyap dari muka bumi.

Setelah ingatannya pulih dan menghilangkan diri selama setahun, dia kembali ke organisasi itu untuk mencari pengkhianat yang bertanggungjawab menjatuhkannya.

(MBC, 17 September)

4. Yumi’s Cells

Yumis Cells Kim Go Eun 716x1024 1

Diadaptasi daripada webtoon hit berjudul Yumi’s Cells, drama ini mengisahkan tentang Yu-mi yang menghadapi masalah untuk mengekspresikan emosinya namun dia terus grow dan mendewasa menerusi pekerjaan dan kehidupan romantisnya.

Di dalam dirinya, dia mempunyai sel yang mewakili emosinya yang berbeza, membantunya menangani kehidupan dan masalahnya. Yumi’s Cells adalah K-drama pertama yang menggabungkan live action dan animasi 3D.

(Tving, 17 September)

5. Squid Game

Squid Game Lee Sung Jae Park Hae Soo 690x1024 1

Siri terbaru Netflix ini memaparkan kisah 456 orang susah yang berjuang hingga mati dalam permainan survival misteri di mana pada akhirnya nanti cuma seorang sahaja yang terselamat. Orang yang berjaya hidup bakal memenangi hadiah wang bernilai 45.6 bilion won ($ 39.4 juta).

Gi-hun (Lee Jung-jae), seorang lelaki yang baru dipecat putuskan untuk masuk. Kawannya semasa kecil, Sang-woo turut menyertai perlawanan itu kerana tak nampak masa depan di tempat kerjanya.

(Netflix, 17 September)

6. One The Woman

One the Woman Lee Ha Nee Lee Sang Yoon

Jo Yeon-joo, seorang pendakwa raya korup yang hilang ingatan semasa dapat kes baru.

Apabila dia tersedar daripada koma, dia tertukar identiti dengan Kang Mi-na,, seorang menantu keluarga kaya dan berwajah seiras Yeon-joo.

Yeon-joo turut terjebak dengan Han Seung-wook, anak lelaki keluarga kaya itu yang masih belum dapat melupakan cinta pertamanya.

(SBS, 17 September)

7. Hometown

Hometown Yoo Jae Myung Han Ye Ri Uhm Tae Goo 722x1024 1

Di sebuah pekan kecil pada tahun 1999, tinggal seorang detektif Choi Hyung-in yang kehilangan isterinya akibat serangan pengganas sedekad lalu.

Dia mula menyiasat kes baru yang nampaknya ada kaitan dengan serangan pada masa lalu.

(tvN, 22 September)

8. A Gentleman and a Young Lady

Gentleman and Young Lady Ji Hyun Woo Lee Se Hee

Lee Young-Koon merupakan seorang duda yang masih bersedih atas kematian isterinya. Dia ditinggalkan bersama 3 orang anak untuk dijaga.

Sebagai bapa tunggal yang sibuk mencari rezeki untuk keluarganya dan menuntut masanya, Lantas dia mengupah Park Dan-Hee untuk jadi tutor peribadi anak-anaknya.

(KBS2, 18 September)

9. Dali and the Cocky Prince

Dali and the Cocky Prince Kim Min Jae Park Gyu Young 721x1024 1

Jin Moo-Hak merupakan anak kedua tauke sebuah rangkaian restoran global. Walaupun kurang pandai dari segi akademik, tapi dia bijak ‘buat duit’.

Kemudian dia bertemu dan jatuh hati dengan Kim Dal-Ri, seorang gadis artistik berasal daripada keluarga berprestij dan kaya, serta mahir pelbagai bahasa. Tetapi kedua-duanya tak tahu latar belakang masing-masing yang ekstravaganza.

Sumber: South China Morning Post, Inkistyle