Drama siri My Dearest berjaya mengguris emosi para penonton selama tempoh penayangannya.

My Dearest telah berakhir dengan sepuluh episod untuk bahagian 1 dan akan diteruskan dengan sepuluh episod juga untuk bahagian dua nanti. Dikhabarkan bahawa bahagian kedua drama siri My Dearest ini akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti.

Sementara itu, para penonton perlu menunggu selepas menonton pengakhiran Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) dan Yoo Gil Chae (Ahn Eun-jin) yang tidak bahagia pada episod 10. Nasib Ryang Eum yang tergantung juga membuatkan para penonton tertanya-tanya.

Berikut merupakan nasib akhir 13 watak dalam Kdrama My Dearest bahagian 1:

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

 

 

My dearest 1. Jang Hyun kembali ke Simyang setelah ditolak oleh Gil Chae. Dia kelihatan membantu orang-orang Joseon melarikan diri dari serangan kumpulan manusia yang memakai pelitup muka biru

 

2. Gil Chae tetap bersama keluarganya di Joseon dan tidak pergi bersama Jang Hyun. Dia kini berstatus sebagai isteri kepada Goo Won Moo (Ji Seung Hyun)

 

 

3. Kyung Eun Ae (Lee Da In) yang telah melalui pelbagai kesukaran berjaya bertahan bersama Gil Chae. Kini, hidupnya sudah lebih baik di Joseon

 

 

4. Nam Yeon Jun (Lee Hak Joo) telah dibebaskan dengan bantuan Yeong Cheol (Moon Sung Keun). Dia juga boleh tinggal bersama penduduk Neunggun-ri

 

 

5. Ryang Eum (Kim Yoon Woo) yang pernah bertengkar dengan Jang Hyun nampaknya tidak ikut ke Simyang. Dia hanya melihat rakannya pergi dari kejauhaan

 

6. Hanya Goo Jam (Park Kang Sub) yang turut menemani Jang Hyun ke Simyang. Namun, dia tidak boleh pergi bersama orang yang dicintainya

 

 

7. Jong Jong (Park Jeong Yeon) ingin menetap di Joseon bersama penduduk Neunggun-ri. Dia sangat terkejut melihat Gil Chae yang tidak jadi untuk pergi

 

 

8. Goo Won Moo yang hampir sahaja kehilangan Gil Chae kini mendapat pengakhiran yang baik. Dia selalu berada di sisi Gil Chae dan kelihatan sangat tulus padanya

 

9. Raja Injo (Kim Jong Tae) nampaknya tidak suka dengan tindakan putera mahkota di Qing. Walaupun begitu, dia tetap menyambut kunjungan anaknya

 

10. Putera Mahkota So Hyun (Kim Mu Jun) kini memilih untuk menjadi lebih rasional sewaktu menghadapi pegawai dan Maharaja Qing supaya dia boleh bertahan untuk hidup

 

11. Khan (Kim Joon Won) berjaya mendapat pengakuan dari Raja Injo sebagai seorang maharaja. Dari Joseon dia telah mendapat banyak keuntungan

 

12. Yong Gol Dae (Choi Young Woo) menyuruh Jang Hyun untuk membuktikan kebolehan dirinya dan memanfaatkan saat itu untuk kepentingannya

 

13. Identitinya belum diketahui, wanita dari kumpuan yang memakai pelitup muka biru di Simyang ini sepertinya akan berhubungan dengan Jang Hyun

Pengakhiran bahagian pertama My Dearest sangat dinanti-nantikan oleh para peminat setia Kdrama ini. Perkara itu dapat dibuktikan apabila melihat ratingnya yang mencapai 12.2 peratus secara di negara Korea. Namun, penonton perlu bersabar untuk menantikan sambungan kisahnya pada bulan Oktober akan datang.

Anda rasa hubungan Jang Hyun dan Gil Chae benar-benar berakhir atau tidak?

Baca lagi: 5 Filem dan Drama Korea Berlatarkan Zaman Pemerintahan Raja Injo, Menarik dan Mendebarkan
Baca juga: 8 Filem Korea Bakal Tayang September 2023 Ini
Previous articleLubang Ajaib Di Dapur Jadi Perhatian, Wanita Ini Bersyukur Dapat Jiran Yang Baik
Next articleWanita Ini Kongsi Cara Jimat Guna Sabun Basuh Pinggan Hanya Dengan Guna Garam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here