Home Cdrama Minat Si Comel Shen Yue? Layan 5 Drama Popular Ini di iQIYI

Minat Si Comel Shen Yue? Layan 5 Drama Popular Ini di iQIYI

0

Shen Yue sekali lagi mencuri perhatian menerusi drama terbaharunya dari China berjudul The Comic Bang, yang bakal ditayangkan di platform iQIYI pada 2025 ini. Bagi peminat drama romantik dengan sentuhan ringan dan menyegarkan, pelakon ini pastinya bukan satu nama yang asing.

Dikenali melalui watak-watak ceria yang dibawakannya, Shen Yue berjaya membina imej tersendiri sebagai gadis muda yang meniti pelbagai fasa kehidupan.

Jika anda baru mengenali Shen Yue atau ingin kembali menikmati pesona lakonannya, berikut merupakan lima drama popular lakonannya yang boleh ditonton terus di iQIYI. Jom lihat senarai di bawah!

1. The Comic Bang

IMG 3596

Di sebalik penampilannya yang tenang sebagai pelajar jurusan matematik, Lu Ye Qi menyimpan satu rahsia besar, dia sebenarnya seorang mangaka profesional bagi genre shoujo manhua.

Walaupun berasal dari dunia sains tulen dan pada awalnya bercita-cita menghasilkan shonen manhua, takdir telah membawanya ke arah kisah cinta remaja yang manis dan mencuit hati.

Suatu hari, Zuo Qian Dai (Shen Yue), gadis yang diam-diam menyimpan perasaan terhadapnya, secara tidak sengaja terlibat dalam pasukan komiknya selepas pengakuan cintanya gagal. Namun daripada pertemuan itu, Lu Ye Qi menemui inspirasi baharu untuk karya seninya.

Hubungan mereka yang semakin erat membawa pelbagai dinamika dalam proses kreatif sehingga akhirnya membentuk sebuah pasukan yang kuat dan saling menyokong.

2. Love in Pavilion

Shen yue

Dalam konflik berpanjangan antara manusia dan makhluk iblis, dua ketua keluarga besar, Dongfang Huai Zhu dan Wangquan Hong Ye, memilih untuk bekerjasama demi mengembalikan keamanan. Mereka berusaha menghidupkan kembali Unity Alliance, satu simbol harapan yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Dalam drama ini, Shen Yue membawa watak sebagai adik kepada Dongfang Huai Zhu.

Pertemuan pertama mereka di Paviliun Bambu pada malam ketujuh bulan ketujuh menjadi permulaan kepada takdir yang mula terjalin erat. Seperti dua bilah pedang yang saling melengkapi, mereka membina kepercayaan dan kesetiaan yang menjadi teras perjuangan mereka.

3. Mr. Bad

IMG 3603 scaled

Nan Xing, seorang penulis novel dalam talian, tidak pernah menyangka bahawa fantasinya akan menjadi kenyataan. Selepas membuat permintaan tentang cinta yang tidak dapat dilupakan di kolam pari-pari, watak antagonis ciptaannya, Xiao Wu Di, tiba-tiba muncul di dunia nyata.

Xiao Wu Di, yang terkenal licik dan manipulatif dalam novelnya, kini menuntut Nan Xing untuk menjaganya. Namun, ada satu peraturan yang luar biasa, setiap kali Nan Xing menghadapi kesukaran, Xiao Wu Di akan muncul secara tiba-tiba untuk membantunya.

4. Our Times: The Future Has Come

f2798732 ecb8 445b 8130 58b645b7a911

Mengangkat tema perjuangan dalam dunia teknologi, Our Times menampilkan dua generasi saintis yang berusaha membangunkan teknologi 5G. Walaupun berbeza zaman dan latar belakang, mereka berkongsi satu matlamat: membawa kemajuan demi masa depan yang lebih cerah.

Dengan jalan cerita yang penuh dedikasi, konflik dalaman dan kerjasama antara generasi, drama ini membuka sisi lain perjuangan saintis yang jarang diketengahkan di kaca televisyen.

5. A Love So Beautiful

cac82c1d e0d8 43ac aaf3 eccaadbc4baf

Kisah cinta masa sekolah yang klasik kembali dihidupkan melalui hubungan Chen Xiao Xi dan Jiang Chen, dua remaja yang membesar sebagai jiran dan rakan sekelas.

Xiao Xi yang ceria dan berani tidak segan menunjukkan perasaannya terhadap Jiang Chen, pelajar pintar yang terkenal namun berhati dingin.

Bersama rakan-rakan mereka, Lu Yang yang lucu, Jing Xiao yang aktif dan atletik, serta Wu Bo Song yang tenang, mereka melalui zaman remaja yang penuh warna, daripada alam persekolahan hingga ke alam dewasa.

Itulah lima drama popular lakonan Shen Yue yang boleh anda nikmati di platform iQIYI. Antara kelima-lima drama tersebut, yang manakah menjadi pilihan kegemaran anda?

Baca lagi: Love In Pavilion, Kemunculan Semula Ratu Wuxia Liu Shishi Sebagai Pejuang dari Klan Api
Baca juga: 5 Drama Cina Moden Popular, Hangat Dibincangkan Di Awal Tahun 2025