Home Kdrama/Kmovie Minat Kisah Jenayah dan Aksi? Tonton 8 Drama Korea 2024 Tentang penyiasatan...

Minat Kisah Jenayah dan Aksi? Tonton 8 Drama Korea 2024 Tentang penyiasatan Polis Ini

0

Drama Korea memang mempunyai banyak genre yang menarik dan rugi jika tidak ditonton dan diterokai. Bagi para peminat cerita aksi dan misteri, anda boleh menonton beberapa drama Korea yang ditayangkan pada tahun ini. Drama-drama ini mengusung tema penyiasatan polis yang membuatkan para penonton turut sama memerah otak memikirkan teori-teori yang terkandung dalam setiap jalan cerita.

Salah sebuah drama Korea penyiasatan polis yang sedang hangat sekarang ditayangkan di Disney Plus adalah Chief Detective 1958 yang dibintangi oleh Lee Je Hoon, Lee Dong Hwi, dan juga Seo Eun Soo. Kisah dimulakan dari seorang detektif muda dengan mempunyai reputasi baik yang dipindahkan untuk bertugas ke Kota Seoul. Di sana, dia bertemu rakan-rakan baru dan mula membanteras gejala rasuah yang sedang berleluasa.

Tema penyiasatan polis juga digunakan sebagai kisah utama dalam beberapa drama Korea lain yang ditayangkan pada tahun 2024. Kisah-kisah yang penuh plot twist dan membuatkan penonton tidak mudah bosan.

 

Drama korea1. Berlatarkan tahun 1958, Chief Detective 1958 mengikuti kisah para detektif yang berusaha membanteras jenayah walau mereka selalu dipandang rendah

 

 

 

c5f3f64e 2109 4296 af9d 64a3402b69972. Berpusat pada kisah seorang wartawan, Nothing Uncovered juga menampilkan sudut pandangan detektif yang menangani kes pembunuhan

 

 

 

31516be2 0f5d 415f bbe5 bb2ce8d50ea13. Bakal ditayangkan pada 24 Mei 2024 akan datang, Connection mengisahkan tentang seorang detektif hebat yang diperangkap hingga akhirnya dia ketagihan dadah

 

 

 

c683fe8a c967 48e9 80e6 dfbae30afb194. Dibintangi oleh Lee Min Ki, Crash mengisahkan tentang polis lulusan KAIST yang dipindahkan ke TCI (Traffic Crime Investigation), mengejutkan kerana dia tidak boleh memandu kereta

 

 

 

ad356490 7915 40b6 ae4a f67e640a99205. Not Powerful but Attractive Violent Crimes Unit mengisahkan tentang pasukan khas tim divisyen pembunuhan yang berusaha menjadi pasukan paling hebat dan kuat

 

 

 

41e91725 494e 4ee0 ada2 d0c552db704f6. Tayang di Netflix, A Killer Paradox menyoroti kisah seorang pelajar biasa yang secara tidak sengaja menjadi pembunuh bersiri. Dia akhirnya menjadi buruan pihak polis

 

 

 

044990c4 dcb6 45b1 8f80 e41923616e8e7. Drama Korea Flex X Cop mengikuti kisah seorang waris chaebol yang tiba-tiba menjadi detektif dalam masa semalaman kerana kuasa dan pengaruh keluarganya

 

 

 

650de23d 6343 41bd 87cf ef8499eb14b58. Mengisahkan tentang warisan tanah kubur keluarga, The Bequeathed menampilkan para detektif yang menyiasat kejadian aneh dan misteri di sebuah kampung

Tema dengan penyiasatan polis dalam beberapa drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2024 di atas pasti sahaja bukan merupakan kisah yang ringan. Berbagai-bagai misteri terkandung dalam setiap cerita yang mengajak para penonton untuk meneka siapakan dalang dan penjenayah yang sebenar. Drama manakah yang sudah anda tonton?

Baca lagi: The Atypical Family, 6 Perkara Menarik Tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa
Baca juga: Suka Chief Detective 1958? Tonton 6 Drama Korea Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here