Home Kdrama/Kmovie 4 Drama Korea Tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa, Fantasi Penuh...

4 Drama Korea Tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa, Fantasi Penuh Aksi

0

Drama Korea terbaru iaitu The Atypical merupakan drama yang menyaksikan kemunculan semula Jang Ki Yong selepas dia selesai melakukan perkhidmatan ketenteraan. Drama Korea ini juga memang dinanti-nantikan oleh para penonton kerana drama ini mengusung tema cerita yang menarik.

Membawa genre fantasi, The Atypical Family mengisahkan tentang sebuah keluarga super yang tiba-tiba kehilangan kuasa mereka selepas masing-masing mengalami masalah kritikal.

Selain The Atypical Family, terdapat juga beberapa drama Korea lain yang menceritakan tentang keluarga dengan kuasa luar biasa. Jalan cerita yang sangat menarik untuk diikuti. Mari sama-sama kita lihat pilihan drama ini!

 

1. Strong Woman Do Bong Soon (2017)

Drama koreaDrama Korea Strong Woman Do Bong Soon merupakan sebuah kisah mengenai seorang wanita yang mempunyai kekuatan luar biasa. Kekuatan wanita yang diberi nama Do Bong-soon (Park Bo-young) itu tiada tandingan, seolah-olah kuasa Superman yang mampu memusnahkan apa-apa sahaja. Pada suatu hari Ahn Min-hyuk (Park Hyun-sik) ternampak Do Bong-soon sedang memukul samseng-samseng jalanan di sebuah pinggir jalan. Terkejut dan kagum dengan kekuatan wanita tersebut, Ahn Min-hyuk menawarkan gaji yang amat lumayan buat Do Bong-soon.

Do Bong-soon diminta untuk menjadi pengawal peribadi Ahn Min-hyuk. Ternyata upah yang lumayan tersebut tidak dapat ditolak oleh Do Bong-soon, maka bermulalah perjalanan hidup Do Bong-soon sebagai seorang pengawal peribadi lelaki konglamerat yang kaya raya.

Keistimewaan yang ada pada Do Bong-soon adalah anugerah yang diwarisi oleh semua ahli keluarga perempuan dalam susur galurnya. Terdapat pantang larang yang boleh mematahkan dan membatalkan kuasa yang Do Bong-soon perolehi. Sepanjang Do Bong-soon menjadi pengawal peribadi Ahn Min-hyuk, perasaan mereka berdua saling bertaut dan seolah-olah sukar untuk dipisahkan.

 

2. Moving (2023)

a327516b 4188 432f aad4 e3d69b339086Diadaptasi dari cerita webtoon berjudul sama karya Kang Pool, drama Korea Moving menceritakan tentang tiga orang remaja yang bersekolah di sekolah yang sama. Mereka adalah Kim Bong Seok (Lee Jung Ha), Jang Hee Soo (Go Yoon Jung), dan Lee Gang Hoon (Kim Do Hoon). Mereka nampak seperti remaja biasa pada umumnya. Namun, tanpa diketahui, rupa-rupanya ketiga-tiga mereka memiliki kuasa luar biasa yang diwarisi dari ibu bapa mereka.

Kiasa yang mereka miliki juga berbeza-beza. Bong Seok memiliki kebolehan untuk terbang yang diwarisi dari bapanya, Kim Do Shik (Jo In Sung). Dia juga mewarisi kebolehan ibunya, Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo) iaitu mempunyai panca indera yang lebih hebat berbanding manusia biasa.

Hee Soo mampu pulih dengan cepat dari kecederaan seperti ditembak atau ditikam, kebolehan yang diwarisi dari bapanya, Jang Ju Won (Ryu Seung Ryong). Sementara itu, Gang Hoon memiliki kuasa dan kepantasan yang luar biasa yang dia warisi dari bapanya, Lee Jae Man (Kim Sung Kyun).

Ketiga-tiga remaja super ini berusaha menyembunyikan kuasa yang mereka miliki. Ibu bapa mereka juga turut berjuang untuk melindungi anak-anak mereka supaya tidak menjadi mangsa orang lain. Pada mulanya, kehidupan mereka tampak tenang sahaja. Hingga suatu hari muncul banyak pihak yang mengancam nyawa ibu bapa dan anak-anak luar biasa tersebut.

 

3. Strong Girl Nam Soon (2023)

1b1e1882 cac9 428d b167 197dfa631fb6Drama Korea ini menceritakan tentang Kang Namsoon yang mempunyai kuasa luar biasa. Sewaktu kecil, dia pernah hilang di Mongolia, membuatkannya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Ketika dewasa, Kang Namsoon pergi ke Gangnam untuk mencari orang tuanya yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Di Gangnam, Kang Namsoon akhirnya bertemu ibunya Hwang Geum Joo yang ternyata adalah seorang wanita kaya. Sewaktu kehilangan Kang Namsoon, Geum Joo berusaha mencari anaknya dan dia juga cuba menjalani kehidupan yang perit tanpa anaknya. Kemudian terdapat juga watak Gil Joong Gan, ibu kepada Hwang Geum Joo dan nenek Kang Namsoon.

Nenek dan ibunya juga turut dilahirkan dengan kuasa luar biasa sama seperti Kang Namsoon. Suatu hari, Kang Namsoon, ibunya, dan neneknya, terlibat dengan kes dadah yang terjadi di Gangnam. Detektif Kang Hee Sik mula menyiasat 3 wanita tersebut. Apakah sebenarnya yang terjadi dan bagaimanakah mereka boleh terlibat dengan kes dadah?

 

4. The Atypical Family (2024)

63db406e 6304 467b 9aa5 3a75a3d9a719Drama Korea tentang keluarga super terbaru adalah The Atypical Family. Drama yang ditayangkan pada 4 Mei 2024 lalu ini mengikuti kisah keluarga super yang kehilangan kuasa mereka kerana gangguan psikologi.

Kisah bermula dari salah seorang anggota keluarga tersebut iaitu Bok Gwi Joo (Jang Ki Yong) yang pada awalnya memiliki kuasa supernatural dengan melakukan perjalanan kembali ke masa lalu. Namun, kuasa itu hilang kerana mengalami tekanan perasaan.

Kejadian serupa juga dialami oleh anggota keluarga yang lain. Contohnya si ibu, hilang kuasa melihat masa depan melalui mimpinya kerana menghidap insomnia. Begitu juga dengan kakak Gwi Joo, yang tidak lagi mampu terbang kerana menderita penyakit bulimia. Keluarga Bok juga bimbang dengan anak bongsu mereka kerana dia terlambat memiliki kuasa super. Hanya si bapa satu-satunya anggota keluarga yang tidak memiliki kuasa super.

Hingga suatu masa, keluarga Bok bertemu dengan Do Da Hae (Chun Woo Hee). Wanita ini pada mulanya agak mencurigakan kerana tiba-tiba muncul, namun kerana selalu bertemu, dia mula hidup bersama mereka. Siapa sangka, kehadiran Da Hae dalam kehidupan keluarga Bok membawa perubahan bagi mereka. Wanita itu jugalah yang membawa Bok Gwi Joo keluar dari zon kemurungannya.

Selalu membuatkan para penonton tertanya-tanya di setiap episod, drama-drama Korea di atas perlu anda masukkan ke dalam watchlist anda. Jangan lupa untuk mengikuti kisah drama The Atypical Family pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Netflix ya!

Baca lagi: Minat Kisah Jenayah dan Aksi? Tonton 8 Drama Korea 2024 Tentang penyiasatan Polis Ini
Baca juga: The Atypical Family, 6 Perkara Menarik Tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here