CDrama yang selamat untuk ditonton pada waktu siang semasa berpuasa boleh menjadi pilihan hiburan ringan, memberi inspirasi, dan menyajikan cerita penuh makna dan kemesraan!
Bagi anda yang inginkan tontonan selesa tanpa adegan dewasa, CDrama yang selamat ditonton di siang hari ketika berpuasa ini sesuai untuk dinikmati sendiri atau bersama keluarga.
Dengan plot yang menyentuh hati dan penuh penyembuhan diri, drama ini akan menemani masa lapang anda dengan cerita yang penuh inspirasi dan emosi.
Apakah drama-drama itu? Berikut adalah senarai CDrama tanpa adegan dewasa yang mungkin menarik minat anda!
MEET YOURSELF (2023)
Xu Hong Dou, seorang pekerja hotel yang kehilangan kawan baiknya, mencari ketenangan dengan berpindah ke perkampungan Yun Miao di Wilayah Yunnan. Di sana, dia menyertai komuniti yang mencari ketenangan daripada kehidupan bandar yang sibuk.
ONCE AND FOREVER: THE SUN RISES (2023)
CDrama ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang membesar bersama sebagai kawan baik, walaupun sering bergaduh. Qin Chuan sentiasa menyokong Xie Qiao. Biarpun berpisah demi mengejar impian masing-masing, namun takdir mempertemukan mereka kembali.
THE STORY OF XING FU (2022)
He Xing Fu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya, termasuk konflik dengan ketua kampung yang memaksanya berpindah ke bandar. Di sana, dia memulakan kerjayanya dari bawah untuk menjadi seorang profesional undang-undang yang tegar.
THE BOND (2021)
Selepas kematian ibu mereka, lima beradik Qiao dibesarkan oleh bapa tunggal yang sibuk. Anak sulung memainkan peranan penting dalam mengekalkan keluarga, menunjukkan kekuatan kasih sayang dan ikatan adik beradik.
NEW LIFE BEGINS (2022)
Terletak di Xinchuan, gadis dari kawasan berbeza berkumpul untuk acara mencari jodoh. Yin Zheng, Tuan Muda Xinchuan keenam, dan Li Wei, yang ingin mengelakkan perkahwinan yang diatur, bertemu secara tidak disangka-sangka. Kisah ini menyerlahkan perjalanan cinta dan pencarian kebahagiaan sejati.
GO AHEAD (2020)
CDrama ini mengisahkan tiga orang muda bernama Li Jianjian, Ling Xiao, dan He Ziqiu yang dibesarkan bersama dalam sebuah keluarga tanpa pertalian darah. Mereka menyokong antara satu sama lain melalui suka dan duka, membentuk ikatan kekeluargaan yang kukuh walaupun menghadapi konflik yang mereka hadapi.
MILES TO GO (2023)
Gao Ji Lin, seorang lelaki muda berbakat dari keluarga miskin, gagal dalam peperiksaan kemasukan kolej. Dengan sokongan Liu Qiao Zhen dan kampungnya, dia bangkit semula untuk mengejar impiannya.
Nah, ada yang menarik minat anda?