Tan Jianci, atau lebih dikenali sebagai JC-T, merupakan seorang penyanyi, penari, dan pelakon berbakat dari China. Beliau mula menceburi dunia tarian sejak usia 13 tahun dan memulakan karier lakonannya menerusi filem Lost Indulgence (2008).
Sehingga tahun 2025, Tan Jianci telah membintangi lebih daripada 20 drama. Jika anda peminat kisah cinta, berikut adalah 4 drama romantik lakonan Tan Jianci yang patut ditonton!
1. Filter
Tang Qi (Tan Jianci) bersama dua sahabatnya menubuhkan sebuah syarikat kosmetik. Mereka sedang mencari model yang sesuai untuk kempen pelancaran produk terbaru mereka. Ketika terserempak dengan Su Miao (Luo Qiu Yun), Tang Qi merasakan gadis itu pilihan yang tepat.
Namun, tanpa diketahuinya, Su Miao sebenarnya adalah Su Chengcheng (Li Landi), gadis yang pernah dimalukannya sewaktu majlis reunion sekolah. Su Chengcheng bersetuju menjadi model, tetapi bukan untuk membantu Tang Qi, sebaliknya untuk membalas dendam terhadapnya!
2. Love Me, Love My Voice
Drama ini mengisahkan percintaan unik antara seorang pelakon suara dan seorang pemuzik.
Mo Qingcheng (Tan Jianci) ialah seorang pelakon suara terkenal dengan nama pentas Qing Ci. Sementara itu, Gu Sheng (Zhou Ye) merupakan seorang komposer muzik yang dikenali dalam talian sebagai Sheng Man.
Gu Sheng berimpian untuk berkolaborasi dengan Qing Ci, tetapi mereka hanya bertemu dalam talian tanpa mengetahui identiti sebenar satu sama lain. Bagaimana perasaan mereka apabila mengetahui kebenaran?
3. Go East
Selain elemen romantik, Go East turut menampilkan konflik politik yang menarik.
Yuan Mo (Tan Jianci) ialah seorang anak yatim piatu dari Changle. Ibu bapanya dahulu bekerja sebagai duta besar di Paviliun Sifang. Kini, Yuan Mo turut berkhidmat di situ sebagai pengawas yang bertanggungjawab mencatat setiap pengunjung luar di gerbang kota.
Sewaktu menjalankan tugasnya, dia bertemu dengan A Shu (Zhou Yiran), seorang gadis yang mengaku sebagai pelarian dari Yanle. Namun, identiti sebenar A Shu jauh lebih istimewa daripada yang disangka.
4. Love Has Fireworks
Qian Fei (Wang Churan) ialah seorang pegawai bank pelaburan yang baru sahaja putus cinta. Demi memulakan hidup baharu dan menampung pinjaman perumahannya, dia memutuskan untuk menyewakan sebahagian biliknya kepada Li Yifei (Tan Jianci).
Li Yifei pula hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya dan menganggap cinta sebagai perkara sampingan sahaja. Lebih menarik, dia juga baru ditinggalkan kekasihnya.
Walaupun berkongsi rumah, personaliti mereka sangat berbeza, Qian Fei dan Li Yifei sering berselisih pendapat dan perlu belajar untuk berkompromi dalam kehidupan seharian mereka.
Jika anda peminat Cdrama romantik dengan jalan cerita yang unik dan menarik, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama lakonan Tan Jianci ini!