Home Entertainment Mask Girl 2023, Bagaimanakah Pengakhiran Nasib Semua Watak Utama?

Mask Girl 2023, Bagaimanakah Pengakhiran Nasib Semua Watak Utama?

0

Drama Korea Selatan Mask Girl telah ditayangkan pada 18 Ogos 2023 di Netflix.

Menampilkan tiga pelakon wanita untuk membawa satu watak yang sama, drama siri ini berjaya membuatkan para penonton berteka-teki dan terikat di kerusi.

IMG 1206Selain itu, jalan ceritanya juga sangat menarik dengan beberapa konflik yang ada. Dibintangi oleh Lee Han-byul, Go Hyun-jung, Nana,Ahn Jae-hong, dan Yeom Hye Ran. Ia adalah berdasarkan webtoon Naver dengan nama yang sama oleh Mae-mi dan Hee-se, yang diterbitkan antara 2015 dan 2018.

Setelah menghadapi pelbagai masalah, bagaimanakah nasib akhir setiap watak utama untuk Mask Girl? Baca selengkapnya di bawah ini!

IMG 1209

Artikel ini mengandungi spoiler:

 

1. Kim Mo Mi

Mask girlSetelah dijadikan suspek pembunuhan, Kim Mo Mi telah ditangkap. Sewaktu mengetahui anaknya dalam bahaya, Kim Mo Mi menggunakan alasan pembedahan pemindahan ginjal untuk anak ketua penjara supaya dapat keluar daripada penjara. Namun, sayangnya Kim Mo Mi mati ditembak oleh Kim Kyung Ja yang sudah menyimpan dendam kepadanya. Keinginannya untuk dicintai oleh ramai orang juga tidak pernah tercapai.

 

2. Ju Oh Nam

8eef3049 084f 4d89 a698 2195b502b99aJu Oh Nam yang sangat obses dengan Mask Girl mengetahui bahawa idolanya adalah Kim Mo Mi. Gelap mata, Ju Oh Nam kemudian merogol Mo Mi yang pada waktu itu sudah melakukan pembedahan plastik. Demi bertahan hidup, Kim Mo Mi akhirnya membunuh Ju Oh Nam. Mayatnya disembunyikan sebelum akhirnya ditemui oleh pihak polis.

 

3. Kim Kyung Ja

24bdab7c c01a 4d6f 8251 f6ea7f4e5208Kim Kyung Ja memutuskan untuk menggunakan semua hartanya demi membalas dendam kematian Ju Oh Nam. Kim Kyung Ja juga melakukan pembedahan plastik supaya wajahnya tidak dikenali oleh ibu Kim Mo Mi. Menculik Mi Mo, anak Mo Mi, Kyung Ja akhirnya mati di tangan polis dengan ditembak tepat di kepala. Walaupun begitu, dendamnya sudah terbalas setelah berjaya menembak Mo Mi.

 

4. Kim Chun Ae

7d250afd 96a4 468a bc86 4a3f5d71048aPernah dianggap sebagai musuh Mo Mi, ternyata Chun Ae merupakan sahabat paling rapat dengan Mask Girl. Kedua-duanya membunuh Phillip ataupun Choi Bu Yong dengan mencekiknya. Sewaktu mahu membuang mayat Bu Yong, Chun Ae mati di tangan Kyung Ja. Pistolnya tanpa sengaja tertembak ke arahnya dan mayatnya ditenggelamkan bersama kereta Kyung Ja. Anjingnya, Ping Ping, akhirnya dibawa oleh Mo Mi. Namun, akhirnya Ping Ping dijaga oleh ibu Mo Mi selepas Mask Girl ditangkap.

 

5. Kim Mi Mo

44923833 6db0 4ffd 9c70 c1d475ed5406

Kim Mi Mo merupakan anak kepada Mo Mi dan Ju Oh Nam. Tanpa disedari, Mi Mo sudah didekati oleh Kyung Ja sejak kecil. Dia kemudian diculik oleh nenek tersebut dan akhirnya diselamatkan oleh Mo Mi. Mi Mo kini tinggal sendirian dan masih bersekolah. Namun, kini Mi Mo hidup seperti biasa dan berkawan baik dengan Ye Chun. Ibu bapa sahabatnya di sekolah itu juga menjadi penjaganya untuk sementara waktu.

IMG 1214Para penonton cukup terkesan dengan kisah tragik Kim Mo Mi dan Kim Chun Ae. Adakah anda juga menyukai drama siri ini?

Baca juga: Kenali Lee Han Byul, Pelakon Utama Kdrama Mask Girl
Baca lagi: Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen
Baca juga: Adaptasi Webtoon “Mask Girl” Tayang Serentak 7 Episod Penuh, 18 Ogos 2023 di Netflix, Menampilkan Nana