Pada 2025 ini, Kim Yo Han sekali lagi akan menyambut peminatnya dengan drama Korea terbaru, “Love.exe.”
“Love.exe” ialah drama komedi romantik yang menunjukkan bagaimana dua dunia berbeza boleh disatukan, dengan chemistry yang kuat daripada dua watak utama. Drama ini turut menjanjikan kisah cinta yang huru-hara antara seorang influencer dan seorang pelajar kejuruteraan yang unik dan lucu.
Dengan 16 episod, “Love.exe” dijadualkan untuk tayangan perdana pada 13 November 2025 di platform Viu, menampilkan kisah cinta digital yang segar, moden dan sangat dekat dengan kehidupan generasi muda masa kini.
Sebelum itu, jom kita lihat dahulu apakah sinopsisnya dan fakta-fakta menarik lain yang harus anda tahu sebelum mula menontonnya nanti!
1. Sinopsis “Love.exe”

Dalam “Love.exe”, Hwang Bo Reum Byeol melakonkan watak Joo Yeon San, pelajar jurusan kejuruteraan komputer yang bijak luar dan sentiasa berada di kedudukan teratas dalam kelasnya. Dia dikenali kerana penyelesaian masalah yang pantas, pendekatan logik dan kecekapan tinggi dalam semua yang dilakukannya tetapi sukar menzahirkan perasaannya.
Manakala Kim Yo Han membawakan watak Kang Min Hak, pelajar dan influencer popular di kampus mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosial yang kelihatan sempurna di mata semua orang.
Kedua-dua watak ini, dari latar belakang yang sangat berbeza. Seorang dari dunia pengaruh sosial yang glamor, seorang lagi dari dunia logik dan teknologi tanpa diduga memulakan hubungan. Bermula dengan pertikaian dan konflik, ia berkembang menjadi perasaan yang lebih mendalam.
2. Chemistry Tak Dijangka Antara Kim Yo Han dan Hwang Bo Reum Byeol

Salah satu aspek yang dinanti-nantikan ialah kemunculan Kim Yo Han dan Hwang Bo Reum Byeol sebagai watak utama. Kedua-duanya akan menghidupkan watak dengan latar belakang yang sangat berbeza, mencipta dinamik cerita yang penuh dengan kejutan.
Menariknya, Kim Yo Han dan Hwang Bo Reum Byeol juga pernah bekerjasama sebelum ini dalam drama School 2021, dan aura yang segar antara dua pelakon utama ini jelas mencuri perhatian. Kim Yo Han menampilkan sisi bersahaja dan karismatik, sementara Hwang Bo Reum Byeol membawa pesona lembut yang penuh kekuatan.
Gabungan mereka menghasilkan chemistry semula jadi pasti membuatkan penonton sukar berhenti tersenyum. Adegan lucu, detik tegang, dan momen romantik antara mereka terasa sangat realistik dan menyenangkan untuk ditonton.
3. Cinta Dalam Dunia yang Saling Terhubung

Selain mengangkat kisah cinta, drama ini juga menyorot realiti hubungan manusia pada zaman media sosial, di mana keikhlasan perasaan sering bertembung dengan keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan. Ia juga bukan sekadar kisah cinta dua insan, tetapi juga cerminan kepada generasi yang hidup dalam dunia algoritma, sambungan maya dan pencarian makna sebenar dalam hubungan moden.
Jika anda menyukai kisah cinta yang “luar biasa”, berlatarkan kampus dan kehidupan media sosial, drama ini mungkin pilihan terbaik untuk tontonan anda yang seterusnya. Jadi, jangan terlepas dari menonton “Love.exe” di Viu mulai 13 November, 4 episod setiap Khamis jam 10 malam ya!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!








