Home K - Pop Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19

Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19

0

Anggota kumpulan K-pop popular, Lisa Blackpink disahkan positif Covid-19.

Berita tersebut disahkan oleh agensi pengurusannya, YG Entertainment pada tengah hari tadi (24 November).

Menurut agensi tersebut, member grup lain seperti Jennie, Jisoo dan Rose tidak dikira sebagai kontak rapat namun ujian PCR tetap dibuat sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan, kini mereka sedang menunggu keputusan ujian.

Memetik laporan media Korea, pihak agensi berkenaan berkata “Pertama sekali, kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga mengikut garis panduan kesihatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dengan segera serta berkongsi maklumat yang relevan dengan pihak yang berkaitan.”

“Kesihatan artis dan staff adalah keutamaan kami, dan sedaya upaya kami cuba membantu. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, akan segera kami maklumkan.”