Bahasa Thai, Inggeris dan Korea merupakan lidah percakapan Lisa Blackpink ketika di rumah atau tempat kerja. Selain itu, dia turut belajar bahasa Jepun dan Mandarin.

Bagaimana artis K-pop berketurunan Thai ini boleh bercakap bahasa Korea laju-laju? Pada tahun 2011, Lisa terpilih sebagai trainee bukan warga Korea pertama di YG Entertainment. Skil tariannya mengagumkan para juri semasa sesi uji bakat pada tahun sebelum ini.

Ceritanya, masa tu memang sepatah haram dia tak faham bahasa Korea. Lisa berterima kasih kepada guru tariannya yang ‘paksa’ dia cakap Korea straight setiap kali sesi kelas.

“Semasa kelas berjam-jam, kami cuma cakap Korea. Saya tak tahu sepatah pun perkataan Korea tetapi cikgu cakap juga dalam bahasa Korea dengan saya jadi mula-mula tu memang susah. Saya rasa sebab beliau buat macam tu, saya jadi cepat belajar.” kata Lisa dalam satu interviu dengan Rolling Stone.

maxresdefault 4

Berapa tahun kemudian, pelantun lagu Money itu fasih berbahasa Korea dan bahasa Inggeris.  Dalam lagu-lagu Blackpink, kebanyakan rangkap rap Lisa dalam bahasa Inggeris seperti lagu As If It’s Your Last, Kick It dan Really. Manakala rap dalam bahasa Korea pula boleh jumpa dalam lagu Lovesick Girls, See You Later dan Playing With Fire. Kebanyakan masa juga dia campur-campur.

Dalam satu wawancara dengan Zach Sang Show, Lisa ditanya satu soalan menarik, “Susah nak rap dalam bahasa Inggeris atau Korea?”

Jawab Lisa, dua-dua susah!

“Saya rasa kedua-dua bahasa itu susah sebab bukan bahasa pertama saya. Jadi sukar untuk saya sebenarnya. Namun saya tak boleh putus asa dan terus praktis.” kata penyanyi serba boleh itu.

Sumber: [1],[2]

Previous articlePelakon Ternama Bukan Lagi Gerenti Kejayaan K-Drama? Ini Topik Hangat Perbincangan Netizen Korea
Next articleLisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19