Kim Jong-kook, 46 tahun meluahkan isi hatinya berkenaan perkahwinan.

Pada 23 November, rancangan hiburan Korea ‘Dolsing Fourmen’ siaran TV SBS menampilkan Jong Kook dan rakan baiknya, Cha Tae-hyun dalam ‘Dragon Club’ (kelab selebriti lelaki yang dilahirkan pada tahun naga).

www 1

Selain Jong Kook, kelab tersebut dianggotai Cha Tae-hyun, Jang Hyuk, Hong Kyung-min, dan Hong Kyung-in. Kata bintang Running Man itu, dia satu-satunya lelaki bujang. Yang lain semua laki orang.

Berikut isi perbualan dua rakan baik ini:

Cha Tae-hyun: Aku tak rasa kau kena kahwin, Jong-kook. Aku tak syorkan pun.

Kim Jong-kook: Isteri kau pun kata macam tu.Haha.

(Dua-dua gelak)

Cha Tae-hyun: Dulu kau nak sangat kahwin sebelum umur 40. Aku cari juga mana-mana gadis untuk perkenalkan kat kau. Tapi bila dah sampai usia macam tu, patut ke aku buat lagi?

Kim Jong-kook (Dengan muka serius): Aku kena kahwin juga masa umur 40-an ni, sunyi nanti bila makin tua.

ddd

Cha Tae-hyun: Macam mustahil je. Umur kau dah nak masuk 47 tahun. Kena dating lah cepat-cepat tahun depan. Lepas tu ambil masa 2,3 tahun juga tu nak kenal hati budi. Bukan senang tu.

Kim Jong-kook: Aku cuma nak satu perkara je, bakal isteri nanti mestilah kena bagi aku bersenam.

Sumber: [1]

Previous articleLisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19
Next articleKorea Utara Tembak Rakyatnya Yang Edar Cerita ‘Squid Game’