Home News Lee Jongsuk Sesuai Lakon Watak Dalam ‘Big Mouth’

Lee Jongsuk Sesuai Lakon Watak Dalam ‘Big Mouth’

0

Lakonan Lee Jong-suk telah mendapat pujian dalam drama terbaru, Big Mouth.

Drama ini bertemakan noir dan membawa kisah tentang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), dan telah mengendalikan kes pembunuhan tanpa sengaja dan dia telah berubah menjadi penipu dan digelar ‘Big Mouse’. Dia harus membongkar satu konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh bagi meneruskan hidup dan menyelamatkan keluarga.

Dalam drama ini, Lee Jong-suk telah memegang watak sebagai Park Chang-ho, peguam yang beremosi, dibelenggu hutang, kegilaan untuk cuba lari dari tuduhan dan kemarahan yang dihembur kerana ketidakadilan.

Ee5EO 4f

Walaupun drama ini baru sahaja ditayangkan, tetapi telah mendapat pujian daripada penonton.

lee jongsuk big mouth 768x576 1

Ini adalah pertama kali Lee Jong-suk berlakon dalam drama noir dan dia telah membuktikan kebolehan nya buat pertama kali dalam siri yang melibatkan jenayah dan percintaan.

Jom saksikan lakonan beliau dalam “Big Mouth”!

Sumber: KimchiDaily 

Baca artikel terdahulu: Lee Jong Suk & YoonA SNSD Bakal Bintangi Drama ‘Big Mouth’.