Home Concert BLACKPINK Umum Tarikh & Lokasi ‘BORN PINK’ Siri Jelajah Dunia

BLACKPINK Umum Tarikh & Lokasi ‘BORN PINK’ Siri Jelajah Dunia

0

BLACKPINK telah mengumumkan tarikh dan lokasi yang bakal dikunjungi oleh mereka untuk siri jelajah dunia!

Pada 1 Ogos yang lalu, BLACKPINK telah melancarkan trailer ‘comeback’ dan mengumumkan pre-single, comeback dan siri jelajah dunia.

Pada 9 Ogos, BLAKCPINK telah mengumumkan kumpulan pertama untuk tarikh dan lokasi bagi siri jelajah dunia mereka, “BORN PINK”. Bermula di Seoul pada 15&16 Oktober, BLACKPINK kemudian akan bergerak ke Utara Amerika dan dijangka melakukan 10 persembahan di 7 bandar yang berlainan di Amerika dan Kanada.

Pada penghujung November dan sepanjang Disember, BLACKPINK bakal melawat Eropah sebelum ke Asia dan timur tengah pada tahun hadapan. Untuk musim panas, kumpulan itu bakal menjelajah Australia dan New Zealand. Jangan risau jika tempat anda tidak diumumkan lagi, BLACKPINK dijangka akan mengumumkan kumpulan kedua pada masa terdekat!

Lihat senarai tarikh dan lokasi di bawah:

BLACKPINK 1

Sebelum mengeluarkan album penuh mereka, “BORN PINK” pada September, BLACKPINK bakal muncul dengan single mereka “Pink Venom” pada 19 Ogos ini!

Sumber: Soompi

Baca artikel terdahulu: Tarikh SIngle “Pink Venom” BLACKPINK Telah Diumumkan