Lee Jong Suk dan YoonA SNSD akan membintangi drama tvN 2022 berjudul ‘Big Mouth’.

‘Big Mouth’ merupakan sebuah drama noir mengisahkan tentang peguam yang mengendalikan kes pembunuhan telah bertukar menjadi seorang penipu atau penyamar genius yang dikenali sebagai “Big Mouse.”

Bagi melindungi keluarganya, dia harus membongkar konspirasi besar di kalangan golongan elit.

Lee Jong Suk akan berperanan sebagai Park Chang Ho, seorang peguam yang jenis banyak cakap tapi tak bertindak. Oleh sebab itulah kenalan dan kawan-kawan menggelarnya “Big Mouth”.

Tapi suatu hari, dia salah sangka sebagai seorang penipu yang dikenali sebagai “Big Mouse” sekali gus membahayakan nyawanya.

Manakala YoonA pula memegang watak Go Mi Ho, seorang jururawat dan isteri Park Chang Ho. Dialah yang menjadi sistem sokongan dan kepercayaannya sedikit pun tidak goyah walaupun suaminya dianggap penipu.

Naskhah ini akan dijayakan oleh penulis-penulis “Vagabond”, Jang Young Chul dan Jung Kyung Soon manakala Oh Choong Hwan, (“Hotel Del Luna,”) pula duduk di kerusi pengarah.

Sumber: Soompi

Previous articleFilms Wako- Sebuah Pangsapuri ‘Cool’ Mirip Pawagam Di Jepun
Next articleFesyen Lolita, Sub-budaya Jepun Yang ‘Kawaii’