Budaya Jepun yang terkenal dengan comel atau kawaii mudah diterima dan telah dieksport ke serata dunia.

Dalam pelbagai jenis gaya hidup dan budaya yang diinspirasikan dari negara matahari terbit itu, fesyen Jepun lah antara yang menarik perhatian ramai.

Orang Jepun gemar mengamalkan konsep ‘tak peduli’ dalam berfesyen. Semakin pelik sesuatu fesyen yang digayakan, semakin pencetus trend lah seseorang itu.

Salah satunya adalah Lolita, street fashion yang muncul pada tahun 1980-an di Harajuku, Tokyo. Gaya busana tersebut diinspirasikan daripada cerita dongeng, sastera Barat dan anak patung era Victoria.

https://www.instagram.com/p/CTNV5T1BrOJ/

Apa yang penting, fesyen Lolita ini tiada kena mengena dengan novel erotik karya Vladimir Nabokov walaupun judulnya sama (jijik cerita tu).

Dalam budaya Jepun, Lolita meraikan prinsip feminin, kecomelan dan kecantikan yang lari daripada norma biasa.

Fesyen Lolita mengetengahkan skirt paras lutut atau dress kembang berbentuk cupcake dibantu oleh petticoats.  Selain itu, korset dan skirt labuh turut boleh menyerikan lagi gaya Lolita. Blaus, sarung kaki paras lutut atau stokin dan perhiasan kepala juga menarik untuk dipadankan bersama.

Jenisnya pun ada macam-macam namun antara dua yang paling popular adalah Sweet Lolita dan Gothic Lolita.

Sweet Lolita menonjolkan stail yang lebih manis dengan warna-warna pastel yang lebih lembut dan cerah manakala Gothic pula konsepnya lebih dark, guna warna-warna gelap seperti hitam, merah dan terselit juga putih.

Gaya fesyen ini jadi fenomena apabila temanya diangkat dalam filem ‘Kamikaze Girls’ yang turut menembusi skrin di dunia Barat.

Sumber: [1], [2], [3], [4]

Previous articleLee Jong Suk Dan YoonA SNSD Akan Membintangi Drama Terbaru ‘Big Mouth’
Next article4 Kepayahan Yang BTS Pernah Alami Sebelum Terkenal