Home Entertainment Lee Jong Suk Mahu Segera Berkahwin Dan Membina Keluarga

Lee Jong Suk Mahu Segera Berkahwin Dan Membina Keluarga

0

Lee Jong Suk selalu mengungkapkan keinginannya untuk segera berumah tangga setiap kali disoal mengenai perkahwinan.

Perkahwinan menjadi salah satu tujuan yang penting dalam hidupnya. Lee Jong Suk berharap dia dapat membina rumah tangga yang bahagia di masa hadapan. Walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, keinginan Lee Jong Suk tidak pernah berubah. Berkahwin masih menjadi harapan terbesarnya sampai ke hari ini.

Jom kita lihat beberapa alasan mengapakah pelakon kacak ini ingin segera mendirikan rumah tangga:

c41b776c a483 4e2b 82c7 ee47e8d2164b

1. Merasa cemburu dan iri melihat kebahagiaan pasangan artis lain

Dalam wawancara dengan Star News pada tahun 2015, Lee Jong Suk mengaku ingin segera berkahwin. Dia merasa ingin berteman sejak tahun 2014 sehingga dia sering memikirkan tentang perkahwinan yang membahagiakan.

Dia turut merasa cemburu dengan perkahwinan artis gandingannya dalam dalam I Can Hear Your Voice (2013), Lee Bo Young dengan Ji Sung. Lee Jong Suk sering melihat Lee Bo Young melakukan panggilan video di lokasi penggambaran. Interaksi suami isteri itu membuatnya yakin bahawa perkahwinan adalah perkara yang baik. Dia juga berharap boleh bahagia seperti pasangan artis tersebut ketika berkahwin nanti.

Baca Lagi: 3 Sebab Left. Lee “Duty After School” Akan Menjadi Teman Lelaki Hebat

2. Sudah jadi impiannya sejak muda

Melalui sebuah wawancara dengan One Night of TV Entertainment pada tahun 2013, Lee Jong Suk mengaku ingin berkahwin ketika usianya masih muda. Kim Woo Bin yang bersamanya, mengakui bahawa Lee Jong Suk memang sering bercerita tentang perkahwinan walaupun belum mempunyai teman wanita pada saat itu.

Kim Woo Bin sangat menyokong impian sahabatnya itu. Dia turut menyatakan bahawa rakannya itu sangat bersifat penyayang dan mendahului orang lain lebih daripada dirinya sendiri. Kim Woo Bin yakin bahawa sesiapa pun yang akan menjalin hubungan dengan Lee Jong Suk tidak akan pernah merasa menyesal.

75c41ea7 ed29 4012 873c 11a494dd365d3. Sering menonton drama bertema romantik

Lee Jong Suk kembali berkongsi tentang harapannya untuk berkahwin dalam program Rain Effect pada tahun 2014. Dia menyatakan bahawa dia hendak berkahwin dengan secepat mungkin, kalau boleh pada tahun itu juga.

Alasannya adalah karena Lee Jong Suk sering menonton drama yang romantik. Ketika menonton watak utamanya bercinta, berkahwin, dan saling mencintai, dia juga ingin memiliki kehidupan bahagia seperti itu sementara usianya masih muda.

4. Berharap mendapatkan kata-kata cinta sewaktu pulang dari kerja

Lee Jong Suk berkongsi tentang kegiatannya dengan para peminat melalui platform me2day pada tahun 2013. Pelakon kacak itu mendedahkan bahawa sekiranya ria menyelesaikan kerjanya dengan lebih cepat daripada yang dirancangkan, dia akan terus bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Lee Jong Suk juga berkongsi luahan hatinya, mengatakan bagaimana seandainya jika dia menyatakan cinta pada seseorang. Dia juga ingin mendengar bahawa dirinya turut dicintai oleh orang itu. Dia menambah lagi, bahawa dia ingin berkahwin secepat mungkin. Perkara itu membuatkan para peminat menyedari bahawa pelakon kesayangan mereka ingin mencari pasangan hidup pada waktu itu.

1ed0bee9 d9d1 4710 9c94 9ae3ee8ee9825. Ingin membina keluarga yang bahagia

Melalui sebuah wawancara dengan ELLE Korea pada tahun 2021, Lee Jong Suk menyatakan bahawa dirinya ingin menghadiri kelas untuk belajar cara-cara menjadi suami yang baik jika diberi kesempatan untuk berehat dari dunia seni buat sementara waktu. Dia mengingat kembali betapa dirinya sering mengaku ingin berkahwin sejak usianya 20-an lagi.

Baginya, usianya pada waktu ini sudah cukup matang dan sangat layak untuk mendirikan rumah tangga. Lee Jong Suk mempunyai impian untuk membina keluarganya sendiri sejak dulu lagi. Dia juga ingin belajar mengemas, mengurut dan memasak yang untuk isterinya kelak. Dengan belajar cara pengurusan rumah tangga, dia percaya bahawa dia akan dapat mencipta kebahagiaan dalam rumah tangganya.

Pada usianya yang sudah matang waktu ini, Lee Jong Suk sudah memikirkan soal perkahwinan dengan serius. Pelakon ini berharap agar Tuhan segera memberi petunjuk tentang calon isterinya. Dia ingin mempunyai isteri yang bijak, berfikiran matang, dan penyayang.

Saat ini, Lee Jong Suk sedang menjalin hubungan cinta dengan IU. Wanita cantik itu dianggap sesuai dengan dan sangat ideal untuknya. Harapnya impian Lee Jong Suk untuk berkahwin akan tercapai dengan pasangannya itu nanti. Moga segera mendirikan rumah tangga!

Baca Juga: 10 Artis Korea Yang Ditemui Tidak Bernyawa Di Kediaman Mereka