Home Entertainment 10 Artis Korea Yang Ditemui Tidak Bernyawa Di Kediaman Mereka

10 Artis Korea Yang Ditemui Tidak Bernyawa Di Kediaman Mereka

0

Pelakon wanita Korea Selatan, Jung Chae Yul telah ditemui meninggal dunia di rumahnya pada hari Selasa yang lalu iaitu 11 April 2023.

c816890d 234d 4c35 9fd0 bbd8a87d95e1

Berita mengejutkan tersebut telah disahkan oleh agensi yang menaungi Jung Chae Yul, iaitu Esteem Entertainment.

Baca Lagi: Pelakon Zombie Detective, Jung Chae Yul Meninggal Dunia

Selain Jung Chae Yul, sebelum ini sudah terdapat beberapa orang artis dan selebriti Korea Selatan lain yang juga ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka. Jom sama-sama kita lihat senarai artis dan selebriti terbabit:

3da31a7a c84d 43ad b763 218fd780a45d1. Goo Ha Ra ditemui meninggal dunia di rumahnya pada 24 November 2019. Dia disyaki mengalami masalah kemurungan yang teruk kerana bekas teman lelakinya iaitu Choi Jung Bum telah melakukan kekerasan dan revenge porn terhadapnya.

6b50cd67 a1d0 4cbc b91a 9b8f90c6f2062. Lee Hye Ryeon ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di kediamannya pada 21 Januari 2007. Dia juga disyaki mengalami masalah kemurungan kerana dituduh melakukan proses pembedahan plastik oleh netizen. Jaga-jaga memberi komen, kerana komen netizen yang terlalu pedas juga mempengaruhi emosi dan mental para selebriti.

6687fd9a ce40 41b1 a834 8dea1b2a12f73. Cha In Ha ditemui meninggal dunia di rumahnya pada 3 Disember 2019. Hingga kini belum diketahui penyebab kematian bintang Love with Flaws ini.

5673def5 5b9f 45c0 aa5e 5c3363d5e4344. Choi Jin Ri ataupun lebih terkenal dengan nama Sulli ditemui tidak bernyawa di kediamannya pada 14 Oktober 2019. Dia dikatakan menghabiskan nyawanya sendiri sendiri kerana masalah kemurungan yang sangat teruk.

04e9a968 7b3c 4501 98b5 fda79d6e1abd5. Model Korea Selatan iaitu Kim Daul telah membunuh diri di apartment miliknya di Paris pada 19 November 2009.

58adee6a cb7b 482f 87c7 e782ba3dcdfb6. Jang Ja Yeon ditemui meninggal dunia pada 7 Mac 2009 di rumahnya. Dia mengakhiri nyawa sendiri kerana telah menjadi mangsa gangguan seksual dari orang atasan dan dipaksa melayan kehendak lelaki-lelaki hidung belang. Kisah Jang Ja Yeon sangat menyayat hati.

102f49a2 0987 4553 8938 dc5f1fec9da87. Akibat kemurungan dan tekanan perasaan, Ahn So Jin yang merupakan salah seorang peserta reality show Superstar K1 dan KARA Project telah membunuh diri pada 24 Februari 2015 dan ditemui tidak bernyawa di kediamannya.

a85d4aca 5fcb 4d90 bca0 7e4bb932c8568. Selebriti yang juga merupakan seorang penari iaitu Jeong Da Bin ditemui meninggal dunia di kediaman teman lelakinya pada 10 Februari 2007. Penyebab kematiannya adalah kerana tekanan dalam kerjaya dan kehidupan.

2fcfe843 682a 47f7 9618 f2b7d342b8d79. Jonghyun SHINee ditemui tidak bernyawa di apartmentnya pada 18 Disember 2018. Dia meninggal kerana menghidu asap bara arang batu.

95ea9435 2b27 4d1f 9171 502b66ef613d10. Paling terbaru dan mendukacitakan, pelakon yang juga model iaitu Jung Chae Yul ditemui tidak bernyawa di rumahnya pada 11 April 2023. Artis ini meninggal pada usia 26 tahun

Pasti tak mudah bagi keluarga yang ditinggalkan untuk melepaskan mereka. Semoga keluarga para artis ini selalu diberikan kekuatan dan ketabahan.

Baca Juga: 3 Sebab Left. Lee “Duty After School” Akan Menjadi Teman Lelaki Hebat