Home Entertainment 10 Pelakon Pertama Kali Dicalonkan Di Baeksang Arts Awards

10 Pelakon Pertama Kali Dicalonkan Di Baeksang Arts Awards

0

Baeksang Arts Awards merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh para penggiat seni di negara Korea Selatan

Pada tahun ini terdapat beberapa orang pelakon lelaki yang berjaya mendapat pencalonan dan sudah beberapa kali berjaya meraih kemenangan dan juga anugerah.

Selain daripada pelakon-pelakon senior yang telah memenangi anugerah tersebut, tidak kurang hebat juga barisan beberapa orang pelakon lelaki Korea Selatan yang juga baru pertama kali dicalonkan dalam acara anugerah gergasi ini. Tentu sahaja perkara ini menjadi kejutan dan kegembiraan buat mereka.

Ingin tahu siapakah pelakon-pelakon lelaki yang pertama kali mendapat pencalonan Baeksang Arts Awards ke-59? Jom kita lihat senarainya di bawah ini:

 

2277b856 cc96 4699 be61 2802d51d8e2c1. Berjaya mencuri perhatian sewaktu melakonkan watak Putera Mahkota So Hyeon dalam filem The Night Owl, Kim Sung Cheol tercalon sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

b58c2365 7428 4f77 842f 0cee3179f97d2. Kang Ki Young meraih dua pencalonan iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui drama siri Extraordinary Attorney Woo dan juga filem The Point Men. Hebat!

c82e675a e825 4882 9e57 cb19fd5a24eb3. Park Ji Hwan mendapat pencalonan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik hasil lakonannya sebagai Jang I Soo iaitu seorang bekas gangster dalam filem The Roundup

8e3aaa82 7cb3 4f26 90fe 1b0ce0b439664. Roh Jae Won yang melakukan debut pada tahun 2022 juga berjaya mendapat pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Baru Terbaik melalui wataknya dalam filem Missing Yoon

Baca Lagi: 3 Sebab Left. Lee “Duty After School” Akan Menjadi Teman Lelaki Hebat

b024db83 f72b 4494 a1de 621c5a29f0c55. Byeon Woo Seok dalam filem 20th Century Girl turut tersenarai dalam barisan calon yang bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Baru Terbaik untuk pertama kalinya

fcb7c2b5 cbaf 4b7d 9e5a e24d56fa66716. Berjaya membawa watak sebagai Choi Chang Je dalam drama siri Reborn Rich, Kim Do Hyun dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

7de3e289 4354 4e5e b57c ed86c69f2621 17. Melalui drama siri The Glory, Kim Gun Woo berjaya mendapatkan pencalonan untuk kategori Pelakon Lelaki Baru Terbaik hasil lakonannya sebagai Son Myeong Oh

1db97729 21d7 4ed0 9d4b c732fde0f1268. Jadi pemeran utama di drama New Recruit, Kim Min Ho masuk nominasi Best New Actor. Ini merupakan pertama kalinya sejak debut di 2013

a1fccaaa 5566 451e 877d 3be8ef9894799. Hasil penampilannya sebagai Putera Seongnam dalam drama siri Under The Queen’s Umbrella, Moon Sang Min turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Baru Terbaik

85bc102c 94e0 4bfe b4c8 961fe89189af10. Melakonkan karakter Kwon Min Woo dalam drama siri Extraordinary Attorney Woo, Joo Jong Hyuk berjaya dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Baru Terbaik

Dari semua sepuluh pelakon lelaki yang tersenarai di atas, yang mana satukah pelakon kesukaan anda? Siapakah yang bakal berjaya meraih anugerah untuk pertama kalinya? Segala teka-teki akan terjawab pada hari Jumaat, 28 April 2023 melalui lintas langsung dari JTBC dan juga Tik Tok. Nantikan sama-sama ya!

Baca Juga: 10 Pencalonan Kategori Drama Untuk Baeksang Arts Awards