Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Lee Je Hoon Tampil Berbeza dalam “The Art of Negotiation” di Viu,...

Lee Je Hoon Tampil Berbeza dalam “The Art of Negotiation” di Viu, Drama “Comeback” Yang Paling Dinantikan

0

Lee Je Hoon kembali menyapa peminatnya dengan penampilan luar biasa dalam drama terbarunya, “The Art of Negotiation” yang akan disiarkan di Viu pada 8 Mac ini.

The Art of Negotiation” merupakan antara drama Korea yang dinanti-nantikan tahun ini, dan pelakon itu tampil dengan rambut putih yang jarang dilihat oleh mana-mana drama, menambahkan kesan misteri dan berkarisma pada wataknya.

Drama ini bukan sahaja memberikan visual yang menarik, tetapi juga jalan cerita yang penuh tipu muslihat dan strategi perundingan yang bijak. Ia juga tentang liku-liku seorang perunding legenda dan pasukannya dalam menjalankan tugas mereka.

IMG 6192 scaled

The Art of Negotiation” turut membawa penonton ke dalam dunia perundingan yang kompleks dan tegang, di mana Lee Je Hoon memainkan watak Yoon Ju No, seorang pakar perunding lagenda yang mahir dengan kebolehan luar biasa.

Ingin tahu apakah yang lebih menarik lagi tentang drama ini? Mari kita lihat butiran dibawah:

Sinopsis The Art of Negotiation

IMG 6191 scaled

The Art of Negotiation” mengisahkan perjalanan Yoon Ju No (Lee Je Hoon), yang dikenali sebagai pakar perunding legenda. Sebagai ketua pasukan, Yoon Ju No mempunyai tanggungjawab besar dalam menyelesaikan pelbagai transaksi perniagaan bernilai tinggi.

Yoon Ju No dikenali sebagai seorang tokoh yang cemerlang dalam menganalisis setiap perincian perundingan. Disebabkan kecerdasannya yang luar biasa dan sentiasa tenang dalam setiap situasi, dia digelar baeksa, yang bermaksud individu yang mempunyai kecerdasan tinggi. Keupayaannya yang luar biasa untuk memahami situasi dan membuat keputusan yang tepat di bawah tekanan menjadikannya seorang tokoh yang dihormati.

Yoon Ju No adalah bekas pakar perunding yang penting dalam SANIN GROUP. Pada suatu hari dia tiba-tiba hilang atas sebab yang tidak diketahui. Tiga tahun kemudian, SANIN GROUP menghadapi muflis dengan hutang 11 bilion dolar, dan dia dipanggil kembali ke Korea sebagai harapan terakhir mereka.

Misi Yoon Ju No adalah jelas, iaitu untuk menyelamatkan SANIN GROUP. Walau bagaimanapun, penyelesaiannya jauh dari mudah. Ternyata Yoon Ju No masih memerlukan bantuan orang lain apabila menghadapi cabaran besar. Dia pun mengumpulkan pasukan yang cekap dengan kepakaran berbeza untuk mengatasi pelbagai halangan.

Pasukan Perunding yang terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai kemahiran yang saling melengkapi

The art of negotiation

Oh Soon Young (Kim Dae Myung), sebagai perunding utama, sangat sensitif terhadap lawan bicaranya, kebolehan yang menjadi aset berharga dalam rundingan yang rumit. Selain itu, dia juga berperanan dalam mengekalkan perpaduan dalam pasukan yang sering berdepan tekanan hebat.

Kwak Min Jung (Ahb Hyun Ho), pengurus kewangan, mempunyai ingatan yang tajam dan kemahiran matematik yang mengagumkan. Dia boleh menganalisis dengan cepat kesan kewangan setiap keputusan yang diambil dalam setiap rundingan. Selain mempunyai kepakaran dalam mengira, Kwak Min Jung juga mahir dalam membangunkan strategi kewangan untuk mencapai persetujuan yang menguntungkan semua pihak.

Sementara itu, Choi Jin Soo (Cha Kang Yoon), seorang pelatih dari Generasi Z, membawa perspektif yang segar dan inovatif kepada dunia perniagaan tradisional yang lapuk. Dengan pelbagai kemahiran yang dimiliki oleh setiap ahli, pasukan ini dapat mewujudkan sinergi yang menarik untuk peminat drama ini.

Jadi, apakah liku-liku perunding legenda dan pasukannya dalam menjalankan tugas mereka? Berjayakah dia berunding sehingga mendapatkan 11 bilion dolar dan sekaligus menyelamatkan syarikat itu, atau sebaliknya?

Drama Korea “The Art of Negotiation” ini akan mula disiarkan di Viu pada 8 Mac 2025, tayangan setiap hari Sabtu dan Ahad. Jadi pastikan anda tidak terlepas dari menontonnya ya!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Fattah Amin & Riena Diana Dedah Ajaran Sesat Dalam Drama Siri Terbaru Viu, Bidaah
Baca juga: Masa Untuk Binge Watch. Jom Layan KDrama Best Bertemakan Perubatan Ini Di Viu