Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu Fattah Amin & Riena Diana Dedah Ajaran Sesat Dalam Drama Siri Terbaru...

Fattah Amin & Riena Diana Dedah Ajaran Sesat Dalam Drama Siri Terbaru Viu, Bidaah

0

Sepanjang bulan Ramadan ini, buat yang mencari drama-drama Islamik, drama siri Viu terbaru Bidaah ini adalah satu drama yang wajib dalam senarai tontonan anda.

Drama siri ini diarahkan oleh Pali Yahya manakala penulis dan penerbitnya adalah Eirma Fatima.

Drama 15 episod ini akan disiarkan di platform penstriman Viu bermula pada 6 Mac 2025, dengan episod baru ditayangkan pada setiap hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu.

Drama yang membincangkan konflik antara keimanan serta kebenaran dalam agama ini amat sesuai ditayangkan di bulan mulia ini. Jom kita lihat apa yang menarik dalam drama ini?

Bidaah menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Fattah Amin, Faizal Hussein, dan Riena Diana. Selain mereka, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon senior dan baru yang juga popular seperti Vanidah Imran, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Fatiya Latiff, dan Malia Baby.

89a5c97e 28dc 491a bf77 1238b5680139

Apa maksud Bidaah ni? Bidaah dari sudut istilah merujuk kepada perkara-perkara yang diniatkan kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi bercanggah dengan aturan agama.

Drama ini mengisahkan tentang Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein). Ajaran sesat yang dibawa oleh Walid adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Walid dengan berani mengakui bahawa dia adalah jelmaan Mahdi kepada pengikutnya.

Bidaah

IMG 5919

Namun, Baiduri segera menyedari bahawa ajaran rohani kumpulan tersebut mencurigakan, termasuk amalan perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli.

IMG 5918

Ketika Hambali (Fattah Amin) kembali dari Yaman, dia mula meragui ajaran tersebut dan bersama Baiduri, mereka bertekad untuk melindungi keluarga mereka termasuklah ibu Baiduri yang hanyut dengan ajaran sesat yang dibawa oleh Walid. Mereka juga berusaha mendedahkan kebenaran tentang kumpulan itu, walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman bahaya.

Nantikan drama bersiri “Bidaah” dan pastikan anda hanya strim di Viu bermula 6 Mac ini, setiap Khamis, Jumaat & Sabtu.
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Melayu tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Cari Kdrama Romcom Time Travel Macam Lovely Runner? Viu Original Gadis Masa Wajib Dalam List
Baca juga: Seo Kang Joon Buat Comeback dalam ‘Undercover High School’, Ejen Rahsia Menyamar Sebagai Pelajar