Seo Kang Joon membuat kemunculan semula dalam projek drama selepas sekian lama!
Kembalinya pelakon itu ke televisyen akan menandakan karya pertamanya sejak menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajibnya pada 2023.
Dalam kemunculan semula terbarunya, Seo Kang Joon akan membintangi siri bertajuk Undercover High School yang akan bersiaran di Viu. Sesuai dengan tajuknya, pelakon itu akan membawa watak dengan dua identiti yang berbeza.
Selain itu, terdapat juga pesona baharu yang bakal ditunjukkan oleh pelakon itu. Mari kita lihat dibawah apakah pesona yang dibawakan oleh Seo Kang Joon dalam drama aksi penyiasatan komedi ini!
Sebagai Pelajar Sekolah Menengah di Sekolah Elit
Seo Kang Joon akan melakonkan watak bernama Jeong Hae Sung, seorang ejen rahsia di National Intelligence Service (NIS). Semasa bekerja, Jeong Hae Sung menghadapi masalah yang agak besar sehingga menyebabkan pangkatnya diturunkan. Dia dianggap cuai dalam kerjanya, sehingga operasi besar yang dilakukannya gagal. Jeong Hae Sung kemudian mendapat tugasan lain untuk menyamar sebagai pelajar sekolah di Sekolah Menengah Byeongmoon, sebuah sekolah elit dan cuba menyelesaikan satu misi rahsia.
Sisi Lain Identiti Tidak Dijangka
Jeong Hae Seong yang memakai uniform sekolah sebenarnya hanyalah penyamaran. Jeong Hae Seong diberi misi untuk mencari jongkong emas yang hilang milik Raja Gojong. Sekolah Menengah Byeongmoon disyaki menyembunyikan kekayaan berharga, jadi Jeong Hae Seong terpaksa menyamar sebagai pelajar.
Kemunculan Seo Kang Joon dalam potongan teaser baru-baru ini berjaya mendapat sambutan positif, dan ramai sudah tidak sabar untuk melihatnya! Orang ramai kagum dengan visual menawan Seo Kang Joon dalam dua sisi berbeza, iaitu sebagai pelajar sekolah menengah dan ejen NIS.