Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu Cari Kdrama Romcom Time Travel Macam Lovely Runner? Viu Original Gadis Masa...

Cari Kdrama Romcom Time Travel Macam Lovely Runner? Viu Original Gadis Masa Wajib Dalam List

0

Konsep drama bertemakan “time travel” atau pengembaraan masa begitu popular terutama dalam drama Korea. Jika anda salah seorang peminat Kdrama bertemakan pengembaraan masa, anda juga harus menonton drama Melayu terbaru dari Viu Original ini tau!

Siri Viu Original terbaru, Gadis Masa drama romantik fantasi dan komedi yang membawa tema pengembaraan masa ini mula disiarkan di platform Viu mulai 23 Januari 2025. Dengan jumlah 8 episod, episod baharu boleh ditonton pada setiap Khamis.

Drama Gadis Masa dibintangi oleh beberapa orang pelakon popular masakini seperti Mira Filzah, Tracie Sinidol, Syafiq Kyle dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Yussuf Yunus terbitan Cinemalaya Studios.

Mari kita lihat sinopsis dan senarai lengkap pelakon dan watak yang dibawakan oleh mereka dalam drama ini:

 

Sinopsis Gadis Masa

Gadis masa

Mengisahkan tentang Maya dan Khairi, pasangan muda yang jatuh cinta pandang pertama pada tahun 2014 dan akhirnya berkahwin. Namun, 10 tahun kemudian, perkahwinan mereka yang kelihatan kukuh mula goyah apabila Khairi menyatakan keinginannya untuk bercerai.

IMG 0875 scaled

Semuanya bermula dari sikap Maya yang terlalu pentingkan diri sendiri dan lebih mengutamakan kerjayanya berbanding kehidupan perkahwinannya bersama Khairi. Ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka, bukan sahaja Maya lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan tersebut, malah Maya asyik bercerita tentang perihal kerjanya.

Khairi juga menginginkan zuriat tetapi tidak untuk Maya kerana baginya anak hanya akan mengganggu kerjayanya nanti. Hari demi hari, sehinggalah bertahun-tahun lamanya Khairi memendam dan  merasa tersinggung dengan sikap ketidak prihatinan Maya dalam hubungan mereka selama ini. Begitulah bermulanya keretakan rumahtangga mereka yang tanpa disedari oleh Maya.

IMG 0846

IMG 0845

IMG 0851

IMG 0856

Kini Maya yang seorang wanita yang tegas dan teratur, cuba mencari punca masalah. Dari isu kewangan hingga kemungkinan orang ketiga, Maya akhirnya menyedari bahawa punca sebenarnya adalah dirinya sendiri.

Dalam usaha menyelamatkan perkahwinannya, Maya secara tidak sengaja menemui sebuah payung misteri milik bapa mertuanya yang membawanya kembali ke masa lalu. Dengan harapan untuk membetulkan kesilapannya, Maya menggunakan peluang ini, kembali ke tahun 2014 ketika pertemuan pertamanya dengan Khairi.

IMG 0884 scaled

Bermula dari situ, pelbagai aksi dan kejadian tidak dijangka berlaku. Dari kisah lucu hinggalah kekecohan, semua ini pasti mencetuskan pelbagai rasa dan emosi ketika menonton gelagat mereka. Setiap kali ada kejadian yang tidak memuaskan Maya, dia akan gunakan payung misteri tersebut untuk kembali semula masa sebelumnya kejadian. Tetapi setiap percubaan hanya menjadikan keadaan lebih rumit.

Pada akhirnya, dia mula menyedari bahawa cinta pandang pertama mereka mungkin tidak seharusnya berlaku. Untuk kebaikan kedua-dua pihak, Maya kembali ke masa lalu semula untuk menggagalkan perkahwinannya sendiri. Namun, mampukah dia mengubah masa lalu dan apakah impaknya kepada realiti kehidupan mereka nanti?

Nak tahu kelanjutan kisah pengembaraan masa Maya untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Khairi? Pastikan anda tonton episod seterusnya di Viu ya!

Senarai Pelakon dan Watak Gadis Masa

Viu original

Mira Filzah sebagai Maya (2024)

Syafiq Kyle sebagai Khairi

Tracie Sinidol sebagai Maya (2014)

Haziq Hussni sebagai Lepat

Bella Dowanna sebagai Suzana Mokhtar

Razak Ahmad sebagai Khaled

Nadia Aqilah sebagai Khatijah

Azhar Sulaiman sebagai Mokhtar

Aleza Shadan sebagai Zetty

Dian P. Ramlee sebagai Sofea

Amanda Ang sebagai Ramona

Ben Tan sebagai Mr K.C

Fadlan Hazim sebagai Aidil

Sheryy Al Jeffry sebagai Miss Ekaira

Pastikan anda jangan lupa masukkan drama ini dalam senarai tontonan anda ya!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: 7 Watak Menarik dalam “Study Group”, Kdrama Aksi Komedi Baharu Adaptasi Webtoon Popular
Baca juga: Masa Untuk Binge Watch. Jom Layan KDrama Best Bertemakan Perubatan Ini Di Viu