Home New Post Laungan Azan Maghrib Jam 6.30 Petang, Reaksi Jiran-Jiran Ini Raih Perhatian

Laungan Azan Maghrib Jam 6.30 Petang, Reaksi Jiran-Jiran Ini Raih Perhatian

0

Jiran-jiran yang baik pastinya akan peka dengan keadaan sekeliling walaupun dalam kejiranan terdiri daripada pelbagi bangsa dan agama.

Menerusi video yang tular di tiktok @_nniissaa11_, dapat dilihat situasi kejiranan yang ketika itu seakan riuh apabila mendengar azan maghrib yang dilaungkan pada pukul 6.30 petang. Difahamkan surau di kejiranan mereka tersilap melaungkan azan maghrib. Apa yang menarik perhatian adalah apabila melihat reaksi kejiranan tersebut yang semuanya keluar dari rumah masing-masing dan menegur tentang laungan azan yang awal tersebut. Mereka yang keluar bukan beragama islam sahaja tetapi bangsa lain turut prihatin tentang perkara itu. Dapat dilihat semangat kejiranan yang tinggi dalam diri masing-masing.

“Alhamdulillah..syukur..bagus la semua prihatin..”

“even jiran indian pun terkejut”

“tukang azan tu tido lepas asar ke. bangun2 igt dh terlambat nak azan mghrib “

Baca juga : Rosyam Nor Adakan Pertandingan Laungan Azan, Tawar Hadiah Sebanyak RM110,000

Baca juga : MNET Mohon Maaf Guna Laungan Azan Dalam Pertandingan Menari Selepas Teruk Dikecam Netizen

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@zackhry_yahya : kalau silap ramai yg tegur,kalau Azan yang betul2 buat tak peduli tak cepat2 bersiap pergi masjid

@syafiqah_usman : Try market tu, azan waktu betul x ramai keluar, sekali silap je sekampung kluar.

@Mai Sana Sini : tmpt sya azan subuh awal 5.30 bkn sbb slh masa tp sbb nk semua org bgn bersedia utk solat subuh sbenar nnt..

@tae : teringat movie melayu alaa lupa nama dia sengaja azan waktu lain tgk org ramai tak dtg masjid

@nad : Semalam kat seksyen 13 azan isyak 10 minute awal pun dah kalut semua, ini pulak sejam lebih awal

@Hanaa : prnh jd kt kg sis, org tu azan asar pkl 5.30. pastu kemain rmai dtg masjid tu, trmasuklh sorg pkcik tu, yg sblm ni x prnh pn dtg masjid

@dyh : kat tempat aku pun pernah, koi 1230 azan zuhur

@NSYMM : jam dekat phone yang azan tu mesti awal sejam hahahhaa

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram