Home News Rosyam Nor Adakan Pertandingan Laungan Azan, Tawar Hadiah Sebanyak RM110,000

Rosyam Nor Adakan Pertandingan Laungan Azan, Tawar Hadiah Sebanyak RM110,000

0

Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rsoyam Nor merupakan seorang pelakon, pengacara dan usahawan lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1967, berasal dari Selangor. Beliau juga merupakan sepupu kepada pelakon terkenal iaitu Faizal Hussein.

Anugerah dan penghargaan beliau termasuk empat Anugerah Skrin dan lima Festibal Filem Malaysia, juga menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pelakon Yang Paling Banyak Menerima Anugerah. Memulakan kerjayanya menerusi watak lakonannya pada tahun 1986 dalam filem Gila-Gila Remaha arahan bapa saudaranya, Allahyarham Hussein Abu Hassan.

Baca lagi: MNET Mohon Maaf Guna Laungan Azan Dalam Pertandingan Menari Selepas Teruk Dikecam Netizen

Baca lagi: Selamba Suruh Pemandu Bas Berhenti Tengah Jalan, Lelaki Ini Pula Dikecam

Screenshot 2023 07 13 145752

Lihat juga video dibawah:

Baru-baru ini beliau menawarkan hadiah sebanyak RM110,000 pada umat Islam untuk menyertai pertandingan azan secara dalam talian menerusi program Muazin terbitan syarikat miliknya iaitu, Suhan Channel.

Datuk Rosyam Nor memaklumkan bahawa insiatif yang pertama diadakan secara maya itu adalah bagi meraikan keindahan kesenian dan kepentingan azan selaku panggilan mengerjakan solat.

“Saluran Youtube Suhan Channel berbesar hati berpeluang menyemarakkan keindahan laungan azan menerusi pertandingan yang dibuka kepada orang ramai secara online”
“Ini juga peluang kepada masyarakat melihat peserta menggunakan kaedah berbeza dalam mengalunkan suara mereka menyampaikan azan”

Screenshot 2023 07 13 152232

“Jadi saya mempelawa semua umat Islam yang gemar menggunakan sosial media untuk menyahut cabaran ini, sekali gus menonjolkan bakat kecemerlangan azan anda”

Pertandingan diadakan menerusi platform media sosial itu menyaksikan peserta perlu memuat naik video laungan azan dalam Tiktok, Facebook atau Instagram.

Penyertaan Muazin bermula dari 7 hingga 26 Julai ini dengan menawarkan hadiah berjumlah RM110,000 berupa wang tunai, trofi, pakej mengerjakan umrah, hamper dan sejadah.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak. Manakala prestasi dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan.

Barisan panel juri pula terdiri daripada ustaz bertauliah dalam bidang taranum dan tajwid seperti Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad dan Ustaz Amir Rahman Abas.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Info Rakyat