Home News MNET Mohon Maaf Guna Laungan Azan Dalam Pertandingan Menari Selepas Teruk Dikecam...

MNET Mohon Maaf Guna Laungan Azan Dalam Pertandingan Menari Selepas Teruk Dikecam Netizen

0

Pasukan produksi Mnet Street Woman Fighter membuat permohonan maaf terbuka selepas teruk dikecam netizen di seluruh dunia kerana didakwa menggunakan laungan azan dalam runut bunyi program pertandingan menari itu.

Perbuatan tersebut dilakukan Mnet dalam rancangan Street Woman Fighter dengan menggunakan laungan azan yang telah di’remix’ bersama lagu lain.

https://twitter.com/miszsuha_/status/1435890552310882308

Memetik laporan Kosmo, Mnet menggunakan bunyi azan pada bahagian intro lagu latar dalam episod awal rancangan tersebut yang dimuat naik menerusi saluran YouTube milik mereka, 24 Ogos lalu.

Perkara berkenaan kemudian mendapat perhatian peminat terutamanya yang beragama Islam kerana mereka kecewa dan marah dengan tindakan biadab stesen tersebut.

Rata-ratanya meluahkan rasa kesal sehingga perkara tersebut trending dalam laman sosial seperti Twitter dengan peminat membangkitkan kemarahan menerusi tanda pagar #mnetapologize.

Netizen dan peminat yang mengetahui akan hal tersebut pantas mengecam pemilihan lagu yang dilakukan Mnet dan menyerang akaun media sosial rasmi stesen berkenaan.

Malah peminat juga menuntut Mnet membuat permohonan maaf kerana telah melukakan hati penggemar K-pop terutamanya mereka yang beragam Islam.

Akhirnya suara kesal para peminat K-Pop didengari dan mStar melaporkan pihak Mnet membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi kenyataan di Instagram, Mnet berkata mereka tiada niat ingin menyentuh sensitiviti agama dan lagu tersebut digubah serta diambil daripada pihak ketiga.

“Bagi pihak pasukan produksi Mnet Street Woman Fighter, kami memohon maaf mengenai soundtrack yang digunakan dalam episod pembukaan Street Woman Fighter.

“Lagu ini adalah soundtrack elektronik yang didaftarkan secara rasmi di laman rasmi atas talian. Pasukan produksi berpendapat bahawa bunyi eletronik lagu itu sesuai sebagai muzik latar program. Kami semestinya tidak mempunyai niat lain.

eee

“Kami menurunkan video tersebut dan akan memuat naik semula selepas menukar lagu baharu,” kata pengendali akaun Mnet Dance.

Selepas perkara tersebut tular, netizen mendapat tahu bahawa lagu yang digunakan dalam program berkenaan sebenarnya merupakan lagu sebuah kumpulan Inggeris bernama Losers.

Tidak berdiam diri, netizen turut menyerang video klip lagi yang diberi judul Azan tersebut dalam YouTube dan mengecam kumpulan itu kerana memperlekehkan agama orang lain.

www

Street Woman Fighter merupakan program pertandingan menari yang menampilkan peserta wanita dan dihoskan oleh penyanyi terkenal, Kang Daniel sementara kerusi juri diduduki oleh Psy di samping BoA dan Taeyoung NCT.