Ketampanan wajah seorang penjual bakso yang dikatakan mirip seperti artis Korea Selatan membuatkan warga siber terpesona dengan keindahan ciptaan itu, menurut portal Detik.com via Utusan.

Apabila meninjau ruangan komen, ramai yang mengatakan teringin nak makan bakso yang disediakan pemuda tersebut di Bandung.

Malah dia turut ‘disangka’ pelakon Korea Selatan Lee Jong Suk.

qqqq

Memetik tulisan artikel Utusan, penjual bakso berasal dari Bandung itu memiliki raut wajah yang putih dengan tangan berurat.

Menerusi Instagram @kulinerbandung, warung lelaki itu bernama ‘Mi Baso Kampung Abah’ yang terletak di Batununggal.

Difahamkan, bakso yang dijual itu juga mempunyai rasa yang sedap dan berbaloi dengan harga yang diletakkan.

Disebabkan gambar yang dimuat naik itu, ramai pengguna media sosial yang mahu ke Bandung demi mencuba keenakan bakso yang disediakan oleh lelaki tersebut.

Malah, ada yang tidak kisah jika tidak dapat bakso yang dipesan, asalkan diberikan semangkuk cinta oleh penjual.

Previous articleMNET Mohon Maaf Guna Laungan Azan Dalam Pertandingan Menari Selepas Teruk Dikecam Netizen
Next articleDrama Romantik Makin Sukar Tembus Selera Penonton Jepun