Home Artis Korea Kisah Tragis Kim Yi Kyung, Pelakon Wanita A Good Day to Be...

Kisah Tragis Kim Yi Kyung, Pelakon Wanita A Good Day to Be a Dog

0

Tahukah anda, ada kisah seorang wanita bernama Min Ji A dalam drama A Good Day to Be a Dog yang mempunyai masa lalu yang sungguh tragis.

Sebenarnya, Min Ji A merupakan salah satu watak lakonan (Kim Yi Kyung) yang mempunyai kaitan dengan sumpahan yang menimpa watak utama Han Hae Na (Park Gyu Young).

IMG 9524 1

A Good Day to be A Dog ialah adaptasi daripada webtoon dengan tajuk yang sama karya Lee Hey, mengisahkan tentang usaha Han Hae Na untuk menghilangkan sumpahan anjing yang diwarisi daripada keluarganya dengan mencium Jin Seo Won (Cha Eun Woo).

Sebelum ini dalam episod 5, terdapat watak baru bernama Min Ji A (Kim Yi Kyung) yang merupakan pelajar pindahan di Sekolah Tinggi Garam. Biarpun baru sahaja muncul, watak Min Ji A (Kim Yi Kyung) mempunyai banyak misteri yang berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya.

IMG 9498

Ternyata Min Ji A (Kim Yi Kyung) dalam kehidupan sebelumnya adalah seorang wanita bernama Cho Young yang dicintai oleh Lee Bo Gyeom (Lee Hyun Woo).

Siapakah sebenarnya Min Ji Ah (Kim Yi Kyung) dan bagaimanakah kehidupan masa lalunya?

 

IMG 9627

1. Cho Young (Kim Yi Kyung) pernah menjadi isteri kepada keturunan bangsawan, namun dia ditinggalkan suaminya yang ada urusan diluar kota. Waktu ini, Cho Young sedang hamil.

 

IMG 9525

2. Cho Young tinggal bersama Mak Soon (Park Gyu Young) sebagai hambanya. Namun, pada suatu hari suami Cho Young dituduh sebagai pengkhianat dan ditangkap.

 

IMG 9630

3. Cho Young yang mendapat tahu berita mengejutkan itu, terus melarikan diri ke sebuah gunung bersama Mak Soon. Tanpa diduga, Cho Young bertemu dengan Lee Bo Gyeom, dewa gunung.

 

Kim yi kyung

4. Lee Bo Gyeom sudah lama meminati Cho Young kerana dia sering mengunjungi pondok tempat dia tinggal untuk berdoa, tetapi dia tidak dapat meluahkannya. Mengetahui kesukaran Cho Young hidup tanpa suami di tengah-tengah kehamilannya membuatkan Lee Bo Gyeom berasa kasihan kepadanya dan memberikan perlindungan kepadanya.

 

IMG 9626

5. Akhirnya, Lee Bo Gyeom dan Cho Young saling mengasihi dan jatuh cinta. Namun, kisah cinta mereka tidak bertahan lama. Tidak lama kemudian, tentera diraja menemui tempat persembunyian Cho Young hasil dari maklumat daripada Mak Soon. Mak Soon ternyata sedang mengandung anak Soo Hyun (Cha Eun Woo) dan dia ingin menyelamatkan Soo Hyun yang dihukum kerana telah membantu Cho Young.

 


IMG 96286. Lee Bo Gyeom cuba melindungi Cho Young. Bagaimanapun, Cho Young memilih untuk menggunakan pedang Soo Hyun untuk menghunuskan pedang ke tubuhnya sendiri demi menyelamatkan Mak Soon dan anak yang dikandungnya. Malangnya Lee Bo Gyeon menyangka Soo Hyun yang telah membunuh Cho Young.

IMG 9497

Begitulah kehidupan Min Ji A di masa lalu. Dia bermati-matian untuk menyelamatkan diri demi anak yang dikandungnya, namun hayatnya berakhir dengan begitu tragis. 

Dengan sejumlah 14 episod, A Good Day to Be a Dog kini berbaki 1 episod akhir yang akan ditayangkan pada Rabu, 10 Januari 2024. Episod akhir ini korang boleh strim melalui aplikasi Viu ya! 

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Menjelang Episod Akhir, Ini 9 Persoalan Yang Harus Terjawab dalam The Story of Park’s Marriage Contract
Baca juga: 6 Drama Viu Original Pelbagai Genre Bakal Tayang 2024. Tak Sabar Tunggu No.6