Home K-History Kisah Tragedi Feri Sewol Yang Mengorbankan Anak-anak Sekolah Di Korea

Kisah Tragedi Feri Sewol Yang Mengorbankan Anak-anak Sekolah Di Korea

0

16 April 2014

“Saya sayang mak dengan ayah.”

Itu kata-kata terakhir seorang pelajar lelaki menerusi video yang dijumpai dalam telefon. Berkecai hati warga Korea Selatan dengan rasa tak berdaya apabila menatap video-video mesej terakhir daripada para pelajar semasa air laut dingin mula memenuhi kapal feri.

1 2 1
Foto: CNN

Tenggelamnya feri Sewol ini mengejutkan negara malah dunia. Kebanyakan penumpang rata-ratanya adalah remaja sekolah menengah. Meskipun berada kecemasan, mereka masih patuh dengan arahan untuk duduk di kabin mereka semasa kapal semakin karam.

Akhirnya 304 nyawa terkorban di perairan pulau Jindo itu, kebanyakannya anak-anak sekolah yang pergi trip. Hanya yang langgar arahan untuk berada di kabin dan cepat-cepat lari keluar yang terselamat iaitu 172 penumpang.

2 6
Foto: New York Times

Manakala kapten kapal pula melompat turun ke bot penyelamat selepas hampir satu jam buat panggilan kecemasan, cabut lari tinggalkan kapal itu bersama lebih ratusan penumpang yang masih berada di dalamnya.

Berapa ramai lagi penumpang yang dapat diselamatkan sekiranya pengosongan kapal terus dibuat, atau adakah prosedur dan komunikasi yang jelas sebenarnya? Apa jadi sekiranya orang yang tertinggal di dalam kapal itu sebenarnya patuh arahan yang salah dan kru hanya mahu menyelamatkan diri mereka?

Persoalan-persoalan itu mencengkam pihak berkuasa Korea Selatan, keluarga, rakan-rakan terutamanya ibu bapa mangsa yang menunggu mereka tak kunjung tiba.

6 2
Foto: Sabin5/Pixabay

Yoo An-sil, emak kepada Yu Mi-ji, salah seorang mangsa korban feri itu menceritakan detik-detik perbualan bersama anak perempuannya bersama 1001 penyesalan, “Saya beritahunya supaya patuh arahan cikgu. Sepatutnya saya suruh dia cepat-cepat lari, tapi saya tak tahu situasi itu.”

Selama tiga bulan sejak kejadian malang itu, para penyelam keluarkan mayat mangsa dan barang-barang mereka dari laut.

Kapten dan 14 lagi anak kapal sudah pun tertangkap dan dibicarakan atas kes feri tenggelam itu. Tenggelamnya kapal Sewol ini juga kerana ketamakan. Pengubahsuaian kapal itu dibenarkan oleh pihak pengawalan demi keuntungan walaupun sebenarnya bahaya.

Selain itu, tragedi ini juga dikatakan berpunca daripada barangan kargo terlebih muatan, kru kapal yang tidak berpengalaman dan berkaitan dengan korupsi pihak kerajaan. Untuk tahu lebih lanjut kes penangkapan itu, boleh baca perkongsian menarik daripada saudari Husna Adnan di Facebook:

Rancak campaign 1640x614 1 11

Video ‘In the Absence’ ini menggambarkan apa yang berlaku di dalam M.V. Sewol, feri penumpang yang karam semasa berlayar dari Incheon ke Pulau Jeju, Korea Selatan pada 16 April, 2014. Ini merupakan bencana maritim terbesar yang terlipat dalam sejarah Korea Selatan. Mungkin tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Menurut media Korea, Yonhap, filem berjudul ‘Birthday’ yang mengisahkan tentang feri Sewol yang tragis ini turut pecah panggung pada tahun 2019.

https://www.youtube.com/watch?v=HVI71D20uVQ

Sumber: New York Times, New Yorker, BBC, Yonhap