Home Entertainment Jeon So Min Terpaksa Tunjuk Wajahnya Tanpa Solekan Dalam ‘Running Man’

Jeon So Min Terpaksa Tunjuk Wajahnya Tanpa Solekan Dalam ‘Running Man’

0

Jeon So Min kini sedang membintangi drama ‘Show Window: The Queen’s House’ sebagai perampas laki orang. Imej aktres cantik dalam drama tersebut sangat berbeza ketika menjadi member ‘Running Man’.

Jun So Min

Dalam episod terbaru Running Man yang berkonsepkan ‘Pesta Akhir Tahun’, SBS memaparkan sedikit momen di sebalik tabir acara SBS Entertainment Awards 2021 dalam program tersebut.

Jeon So Min dan Ji Suk Jin yang kalah dalam misi didenda untuk merakam kegiatan sebelum menghadiri SBS Entertainment Awards 2021.

Saat merias wajahnya, Jeon So Min mengaku yang awalnya dia berasa tergugat bagi menunjukkan wajah aslinya tanpa mekap namun terpaksa juga melakukannya.

Aku tak nak tunjuk muka aku tanpa mekap kepada korang semua.”- Jeon So Min.

Meskipun awalnya dia ragu-ragu, akhirnya keyakinan dirinya datang balik.

“Tapi aku lawa je tak mekap pun, takdelah nampak buruk sangat.” – Jeon So Min.

photo 2021 12 28 17 18 23
Kredit: SBS

Wajah tanpa solekan Jeon So Min dalam ‘Running Man’ menarik perhatian netizen Korea Selatan.

Rata-ratanya memuji wajah natural bintang drama “Show Window: The Queen’s House” tersebut.

“Kulit wajahnya sempurna.”

“Aku rasa Somin mekap ke tak sama je cantiknya.”

“Dia nampak lebih muda tanpa secalit mekap.”

“Jeon So Min tanpa solekan nampak cantik semula jadi.”

Di sisi lain pula, ‘Running Man’ dalam SBS Entertainment Awards 2021 berjaya menggondol beberapa anugerah iaitu:

  • SBS Honorary Employee Award (Ji Suk Jin)
  • Top Excellence Award in Talk/Variety (Yang Se Chan)
  • Entertainers of the Year (Ji Suk Jin, Yoo Jae Seok, Kim Jong Kook dan beberapa nama lain)
  • Screenwriter Award (Yang Hyo In).

Sementara itu, Jeon So Min ketika ini masih menemui menonton menerusi drama ‘Show Window: The Queen’s House’ dengan sisi lainnya yang memegang watak wanita perampas.

Imej yang ditonjolkan So Min amat berbeza dalam drama tersebut sampai Jae Suk pun terkejut dan suruh member lain tengok, nanti baru faham kenapa dia bagi reaksi begitu.

Sumber: Wowkeren