Home Entertainment Perasaan Seram Menyelubungi Lee Dong Wook Semasa Pegang Watak Psiko

Perasaan Seram Menyelubungi Lee Dong Wook Semasa Pegang Watak Psiko

0

Pelakon Lee Dong-wook buka cerita tentang pengalaman ngeri yang dia alami semasa melakonkan watak pembunuh bersiri sadis ketika muncul sebagai tetamu dalam program hiburan tvN.

“Saya selalu ingatkan diri saya semasa berlakon yang ini hanya lakonan, jangan terperangkap dengan emosi watak dalam drama itu.” – Lee Dong Wook.

4 3

Selama 23 tahun berlakon, watak psikopat pertama lakonannya adalah Seo Moon Jo dalam drama ‘Stranger’s From Hell’ adaptasi daripada webtoon. Dong-wook mainkan peranan Moon Jo sebagai seorang doktor gigi dan pembunuh bersiri, menunjukkan sisi lain yang jauh berbeza dengan imej romantiknya dalam cerita-cerita sebelum ini.

Rancak campaign 1640x614 1 11

“Saya rasa sudah menjayakan watak penjenayah itu dengan baik, sehinggakan kawan rapat kata saya telah berubah. Malah suatu hari, ketika sedang cuci muka dan melihat cermin, saya memandang refleksi diri ‘orang lain’ dalam tu dan rasa aneh. Jadi saya rasa kena sedar cepat-cepat.” -Lee Dong Wook.

3 7

Pada masa yang sama, Lee Dong-wook turut mengaku bayangan ngeri terlintas di fikirannya ketika dia tenggelam dalam watak Seo Moon-jo.

“Dalam drama itu, terdapat adegan di mana gigi seseorang dicabut dan diseksa. Kesakitan yang teramat tidak ditunjukkan pada skrin, namun masa itu saya terfikir, macam mana nak cabut gigi orang ini dengan lebih sadis. Eh, kejap. Apa yang saya fikir ni?” – Lee Dong Wook

2 7

Lee Dong-wook turut mengaku bahawa dia berasa prestasinya merosot selepas drama ‘Goblin’.

“Saya tak boleh berpeluk tubuh sahaja kerana masalah tak boleh selesai sendiri. Jadi saya buat keputusan untuk ambil je watak Moon-jo dalam ‘Strangers from Hell’ bagi mencabar kemampuan saya dalam drama misteri thriller itu.” – Lee Dong Wook

Sumber: SBS